• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Bakal Perkenal ARAS, Ciri Keselamatan Baharu Guna Radar Laser

Ducati Bakal Perkenal ARAS, Ciri Keselamatan Baharu Guna Radar Laser

April 24, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

695
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAGAI antara pengeluar motosikal premium, Ducati kerap memperkenalkan sistem dan teknologi serba inovatif dan baharu untuk motosikal pengeluaran. Sedekad lalu, jenama Itali itu menjadi pengeluar pertama menawarkan model pengeluaran dengan sistem Kawalan Traksi (TRC) penuh, dan pada 2014, Ducati memperkenalkan motosikal pertama dunia yang mampu berinteraksi dengan jaket beg udara tanpa pautan (non-tethered).

Sebagai sebahagian usaha berterusan untuk terus berada di garisan depan perlumbaan, Ducati terbaharu  mengumumkan inisiatif dinamakan 'Halatuju Keselamatan 2025', iaitu program pelaksanaan teknologi keselamatan baharu melibatkan laser .

polis-radar-gun
police-with-radar-gun
polis-radar-gun-4
polis-radar-gun-2

Fasa pertama program baharu itu dilaporkan sedang dibangunkan yang menumpukan kepada usaha melengkapkan setiap model pengeluaran baharu dengan ciri ABS belokan, iaitu ciri yang sudah sedia dipasang pada Scrambler 1100 baharu.

Fasa seterusnya ialah menawarkan sistem radar hadap depan (front-facing) dan hadap belakang (rear-facing) baharu untuk barisan model pengeluaran 2020.

'ARAS' GUNA PELBAGAI SENSOR

Sistem Bantuan Penunggang Termaju atau Advanced Rider Assistance Systems (ARAS) menggunakan banyak sensor. Asasnya, sistem itu ialah versi motosikal bagi teknologi keselamatan pemandu yang sudah banyak digunakan kereta moden masa kini. Jika terlaksana, Ducarti akan menjadi pengeluar motosikal pertama yang memperkenalkan sistem tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

ARAS menggunakan radar hadap depan untuk melaraskan terotel dan brek jika mengesan halangan (atau kenderaan) dikesan dan penunggang gagal bertindak balas. Radar depan juga mengatur Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan melaraskan kelajuan jentera bagi mengekalkan jarak (ditetapkan penunggang) dengan kenderaan depan.

Radar hadap belakang pula berfungsi memberi amaran kepada penunggang tentang kehadiran kenderaan yang berada dalam kedudukan titik buta atau apa saja trafik yang menghampiri dalam kelajuan tinggi dari belakang.

TEKNOLOGI SUDAH DIPATEN

politecnico-milano-logo
politecnico-di-milano-milan-itali
politecnico-di-milano-milan-itali-2

Teknologi berkenaan sudah dibangunkan sejak 2016  dengan kerjasama Jabatan Elektronik, Maklumat dan Kejuruteraan Bio di Universiti Politecnico di Milano, Itali. Pada 2017, tuntutan paten berhubung algoritma kawalan sistem algoritma difailkan, dan Scientific Publication dibentangkan di Simposium Kenderaan Pintar (IV) - IEEE. Jika semua pelan itu berjalan lancar seperti dirancang, kita akan sempat menyaksikan teknologi berkenaan dilengkapkan untuk motosikal pengeluaran seawal 2020.

SUMBER: RideApart

Related

695
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autotainment, ciri keselamatan motosikal, Ducati, Politecnico di Milano, radar laser, roda2, Sistem Radar Laser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev