• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik Honda City & Jazz, Sila Ambil Perhatian!!!

Pemilik Honda City & Jazz, Sila Ambil Perhatian!!!

September 26, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda CityPERHATIAN penting buat semua pemilik kenderaan Honda City generasi keempat (2014) dan Jazz generasi ketiga (2015). Honda Malaysia sedang memanggil balik 12,232 unit City dan 97 unit Jazz berikutan masalah perisian tekanan hidraulik pada kotak gear Continuously Variable Transmission (CVT).

Menerusi kempen panggilan itu, perisian CVT akan dinaik taraf dan Honda Malaysia sudah menghubungi setiap pemilik kenderaan terlibat.

Sekiranya tidak diatasi dengan kadar segera, ia boleh menyebabkan drive pulley shaft patah akibat tekanan hidraulik tinggi dan kenderaan boleh hilang kuasa ketika memandu.

Photo 5

Walau bagaimana, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan berikutan masalah tersebut.

Bagi mereka yang sudah menerima notis perlulah menghantar kenderaan ke pusat servis Honda berdekatan dan segala caj naik taraf perisian akan ditanggung sepenuhnya Honda Malaysia.

Maklumat lanjut, pelanggan boleh hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 bagi pemeriksaan status mereka.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda City, Honda Jazz, Honda Malaysia, Panggil Balik, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev