• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #BIMS2018: Nissan GT-R Premium Edition Debut di Thailand, ฿13.5 juta (RM1.8 juta)

#BIMS2018: Nissan GT-R Premium Edition Debut di Thailand, ฿13.5 juta (RM1.8 juta)

March 27, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGUNJUNG Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2018 berpeluang menyaksikan debut rasmi model sport popular, Nissan GT-R Premium Edition yang dikuasakan enjin V6 petrol 3.8L VR38DETT Twin Turbo berkuasa 570hp pada 6,800rpm dan tork  637Nm (3,300-5,800rpm) serta transmisi dual klac 6-kelajuan dalam sistem pacuan empat roda (4WD).

GT-R Premium Edition didatangkan dengan dimensi panjang 4,710mm, lebar (1,895mm) dan tinggi (1,370mm) serta jarak roda 2,780mm dan jarak kelegaan tanah 110mm. Selaion pengendalian mantap, edisi premium ini juga menampilkan rekabentuk gril V-Motion dan bonet baharu.

Bampar depan menggunakan difuser gentian karbon SMC. Begitu juga difuser pada bampar belakang yang juga daripada komposit sama. Ciri eksklusif lain ialah rim aloi tempa 20-inci bersama tayar Dunlop SP Sport Maxx GT 600 DSST CTT bersaiz 255/40-R20 (depan) dan 285/35 R20 (belakang). Ledakan kuasa enjin yang terhadil dilepaskan menerusi empat paip ekzos titanium 4".

Menjengah ruang kabin,  kerusi GT-R Premium Edition dimewahkan dengan kemasan kulit bersama fungsi pelarasan elektrik. Bahagian papan pemuka tersergam paparan skrin 8-inci, sistem bunyi Bose dengan 11 pembesar suara, sambungan audio, CD/MP3/Auksiliari dan dua port USB, sistem navigasi dan sistem penyaman udara dual zon.

Nissan GT-R Premium Edition dijual pada harga ฿13.5 juta (RM1.8 juta) dalam tiga pilihan warna kabin dan enam pilihan warna badan.

GALERI
Nissan GT-R Malaysia
Nissan GT-R Malaysia
Nissan GT-R Malaysia
Nissan GT-R Malaysia
Nissan GT-R Malaysia
Nissan GT-R Malaysia
Nissan GT-R Malaysia
Nissan GT-R Malaysia
Nissan GT-R Bangkok
Nissan GT-R Bangkok
Nissan GT-R Bangkok
Nissan GT-R
Nissan GT-R Bangkok_PanduLaju (8)
Nissan GT-R Bangkok_PanduLaju (7)
Nissan GT-R Bangkok_PanduLaju (6)
Nissan GT-R Bangkok_PanduLaju (5)
Nissan GT-R Bangkok_PanduLaju (4)
Nissan GT-R Bangkok_PanduLaju (3)
Nissan GT-R Bangkok_PanduLaju (2)
Nissan GT-R Bangkok_PanduLaju (1)

Related

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bangkok International Motor Show 2018, Kereta Sport, Nissan, Nissan GT-R, Nissan GT-R Premium Edition, Nissan Thailand, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok, Roda4, Supercar, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev