• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Panel Meter Proton Boyue Mirip Volvo S60?

#Spyshot: Panel Meter Proton Boyue Mirip Volvo S60?

March 18, 2018 By Abang GYL 5 Comments

601
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WOW, khabarnya model SUV pertama Proton, Boyue (nama belum muktamad) menggunakan panel meter yang mirip Volvo S60 generasi kedua berdasarkan foto kabin yang dikirimkan spy kami, Ezam. Hasil zum yang dibuat pada stereng SUV itu, kami perasan panel meter model tersebut sama seperti model sedan Volvo itu.

Jika benar, memang menarik! Tidak mengejutkan pun kerana Geely memang diketahui sebagai pemilik pengeluar automotif dari Sweden itu.

spyshot-meter-suv-proton
volvo-s60-cluster-meter

Selain rupa dalaman, Ezam turut mengirim beberapa foto lain yang menurutnya, diambil di salah satu vendor Proton dengan menunjukkan aksi beberapa pekerja sedang memerhatikan SUV tersebut dijangka dilancarkan menjelang penghujung tahun ini.

BACA >>> Foto Spyshot Proton Boyue Tersebar Lagi - Warna Merah Gitu!!!

Terdahulu, kami ada menyiarkan beberapa foto spyshot Proton Boyue kiriman seorang lagi spy, Aiman yang juga berwarna merah. Kami yakin kemasan merah mungkin dalam pertimbangan Proton untuk dijadikan warna pilihan Boyue apabila SUV itu diperkenalkan ke pasaran tempatan nanti.

2 PILIHAN ENJIN

Di China, Boyue ditawarkan dalam dua pilihan enjin: 1.8L Turbo dan 2.0L aspirasi natural (NA).

Prestasi dijana enjin 1.8L Turbo menghamburkan kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500-5,500rpm), manakala enjin 2.0L NA berkuasa 139hp (6,000rpm) dan tork 178Nm (4,000 - 4,500rpm).

Bagaimanapun, masih tiada perincian lengkap didedahkan mengenai spesifikasi dan harga. Apa yang pasti, model SUV ini bakal dilancarkan pada suku keempat 2018. Sama-sama kita bersabar menantikan Proton Boyue.

Related

601
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: foto spyshot proton boyue, Geely, geely boyue malaysia, harga proton boyue, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), meter proton boyue, Proton, proton boyue malaysia, Roda4, Spyshot, SUV, suv proton boyue, volvo s60

Comments

  1. Aiman says

    March 19, 2018 at 2:35 PM

    China quality?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev