• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Cepat Berhenti Kalau Nampak 3 Indikator Amaran Ini!

Cepat Berhenti Kalau Nampak 3 Indikator Amaran Ini!

March 20, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

9.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKIRANYA indikator pada panel meter atau kluster instrumen menyala, itu bukan cubaan! Ada sesuatu yang perlu dibuat segera. Sebabnya, indikator tidak akan menyala tiba-tiba. Kegagalan mengambil tindakan tepat dan segera akan menyebabkan kerosakan kereta jadi lebih teruk dengan menelan kos baik pulih mahal.

Perkara paling biasa berlaku ialah indikator periksa enjin atau 'check engine' menyala. Kebanyakan pemandu memahami kepentingan bertindak segera apabila melihat isyarat itu. Namun, masih ada pemandu yang sengaja mengabaikan indikator itu. Malah, ada yang langsung tidak perasan yang lampu amaran itu sedang menyala.

BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 10 Tip Ini Jika Kereta Tiba-Tiba 'Breakdown'!

Beberapa kes tertentu, ada pemandu menjadikan indikator 'check engine' sebagai sudah tiba masa menukar minyak hitam. Salah!

Sebagai pemandu, kita perlu mengetahui tentang simbol dan peranan indikator amaran yang terpapar pada panel meter. Sebenarnya ada banyak indikator, tetapi asasnya, ada 3 indikator utama yang memerlukan perhatian segera.

* Artikel sebagai panduan asas. Sebarang permasalah perlu dirujuk buku manual dan mekanik diiktiraf.

1. LAMPU AMARAN TEKANAN MINYAK


KENAPA MENYALA: Indikator ini (juga dipanggil lampu Aladdin atau teko) menyala selama satu atau dua saat ketika menghidupkan enjin kereta dan kemudian hilang. Tetapi tanda amaran akan muncul apabila sensor enjin mengesan tekanan minyak berada di bawah paras selamat. Ini bermakna kereta anda kemungkinan berlaku kebocoran penggunaan minyak atau kerosakan pam minyak (oil pump). Perlu tindakan segera kerana minyak tidak mengalir dengan betul ke dalam enjin.

TINDAKAN: Matikan enjin dan baca buku manual untuk tindakan lanjut. Mungkin boleh menambah minyak enjin dan teruskan memandu dengan berhati-hati. Tetapi mungkin juga kereta perlu ditunda ke bengkel. Semua kenderaan berbeza, tetapi langkah yang betul digariskan dalam manual pemilik.

JIKA ABAIKAN: Tanpa tekanan minyak mencukupi, bahagian ketepatan tinggi dalam enjin akan haus dengan cepat, pecah, dan rosak. Dalam banyak situasi, memandu beberapa saat dengan tekanan minyak rendah boleh merosakkan enjin.

2. LAMPU AMARAN ENJIN TERLAMPAU PANAS / ENJIN COOLANT


KENAPA MENYALA: Simbol suhu merah itu mungkin disertakan bersama tolok penyejuk (coolant) berwarna biru yang dibaca  berhampiran zon merah. Apabila indikator merah menyala, itu bermakna suhu coolant melebihi darjah selamat dan enjin terlampau panas. Kemungkinan ada kebocoran coolant, gelembung udara dalam sistem penyejukan, atau pam penyejuk gagal berfungsi. Amaran ini penting dan perlu bertindak segera kerana enjin berisiko tinggi mengalami kerosakan teruk.

TINDAKAN: Segera berhenti di bahu jalan dan pastikan keadaan lalu lintas selamat.  Biarkan enjin melahu biasa tanpa menekan pedal minyak. Hidupkan penyaman udara. Jangan terus matikan enjin, tunggu sekejap sebelum dimatikan.

Biasanya jika tanda kebocoran dikesan, enjin mesti dimatikan segera. Antara tanda itu ialah bau gula hangit, wap keluar dari bawah bonet atau nampak cecair panas mengalir bawah kenderaan. Jika salah satu tanda itu dikesan, tindakan terbaik adalah mematikan enjin atau biarkan enjin melahu beberapa saat untuk menyejukkannya sebelum enjin dimatikan.

BACA >>> Kenali 6 Jenis Bau Dalam Kereta, Petanda Awal Kereta Anda Mungkin Bermasalah

Anda mungkin boleh menambah coolant dan meneruskan pemanduan, tetapi lebih baik kereta ditunda ke bengkel.

JIKA ABAIKAN: Jika anda terus memandu dalam keadaan enjin panas, komponen utama dalaman mungkin mengalami kerosakan ekstrem dengan cepat. Kebarangkalian kepala silinder akan meleding atau bengkok yang menyebabkan kos baik pulih meroket tinggi hingga perlu menggantikan blok enjin baharu.  Kerosakan kepala gasket juga mungkin terjadi, seperti kegagalan hos penyejuk, paip penyejuk berkaitan, dan pam penyejuk itu sendiri.

3. LAMPU AMARAN BREK


KENAPA MENYALA: Ada beberapa sebab kenapa lampu brek menyala. Ini mungkin disebabkan mentol lampu brek terbakar atau kehilangan sejumlah kemampuan membrek pada kenderaan. Boleh jadi juga anda cuma terlupa melepaskan brek tangan atau brek parkir.

TINDAKAN: Periksa brek tangan dan lepas segera jika ditarik. Jika lampu amaran brek masih menyala ketika memandu, anda boleh anggap sedang memandu tanpa brek. Segera aktifkan lampu kecemasan (hazard lights) dan berhenti di bahu jalan yang selamat. Kemudian rujuk manual pemilik untuk arahan khusus.

Sebaik saja anda selamat berhenti, periksa paras minyak brek. Ikut saja arahan dalam buku manual. Jangan terus memandu jika minyak brek pada paras rendah. Nampak seperti tidak begitu kritikal, tetapi masalah mungkin menimpa  bahagian lain dalam sistem pembrekan seperti sensor Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)  atau masalah pendawaian lampu brek.

BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan

Jika tiada pilihan lain dan perlu bergerak, sila pandu dengan berhati-hati dalam kelajuan perlahan. Segera cari bengkel dan bukan terus memandu seperti biasa. Selepas meneliti buku manual dan masih ragu-ragu punca indikator minyak brek menyala, tunda kenderaan ke bengkel untuk diperiksa. Ini jauh lebih menjimatkan jika mahu berdepan risiko kereta terlibat kemalangan.

Related

9.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, check engine indicator, indikator amaran, indikator periksa enjin, oil pressure indicator, tip automobil

Comments

  1. Normadiah Bidin says

    August 27, 2020 at 1:33 PM

    1) Enjine light

    2) power stering warning light

    Selepas menukar bateri kereta, dua lampu tersebut masih menyala selepas enjin dihidupkan. Jenis kereta adalah persona 2018

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev