• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Takahashi Juara Perlumbaan 1 Supersports 600cc ARRC

Takahashi Juara Perlumbaan 1 Supersports 600cc ARRC

August 29, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

SS600 Podium - P1 Yuki Ito P2 Tomoyoshi Koyama P3 Noriyuki Haga

PELUMBA Jepun, Yuki Takahashi muncul juara Perlumbaan 1 SuperSports 600cc sekaligus merampas kedudukan pendahulu keseluruhan pada saingan pusingan ke-4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu meraih kemenangan ketiganya musim ini setelah menamatkan 16 pusingan dengan masa 26'43.824sdan diikuti Ratthapong Wilairot (AP Honda Racing Thailand) yang muncul naib juara dengan masa 26'50.395s.

Yuki Takahashi during the SS600 race in Thailand

Sementara itu, Tomoyoshi Koyama (T. Pro Yuzy Honda NtS) muncul pemenang tempat ketiga dengan masa 26'53.201s.

Manakala pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi, hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan masa 27'01.910s.

Dengan meraih 25 mata, Takahashi kini memimpin kedudukan keseluruhan dengan 102 mata dan mengatasi Koyama di tempat kedua dengan 97 mata.

Yuki Takahashi celebrating his SS600 win in Thailand

Bagi saingan Asia Production 250cc pula, tempat pertama dan kedua menjadi milik pelumba tuan rumah, Nakarin Atiratphuvapat dan Apiwat Wongthananon manakala tempat ketiga milik pelumba Jepun, Takehiro Yamamoto.

Duo AP Honda Racing Thailand itu menamatkan 10 pusingan perlumbaan dengan masa 19'50.293s dan 19'50.396s manakala Yamamoto (Trickstar Racing) dengan masa 19'57.416s.

AP250 Podium - P1 Nakarin Athiratphuvapat P2 Apiwat Wongthananon P3 Takehiro Yamamoto

KEPUTUSAN

SuperSports 600cc

1.Yuki Takahashi (Honda) 26’43.824s

2.Ratthapong Wilairot (Honda) 26’50.395s

3.Tomoyoshi Koyama (Honda) 26’53.201s

Asia Production 250cc

1.Nakarin Athiratphuvapat (Honda) 19’50.293s

2.Apiwat Wongthananon (Honda) 19’50.396s

3.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 19’57.416s

Underbone 130cc

 1.Gupita Kresna (Kawasaki) 17’36.077s

2.Fareez Afeez (Yamaha) 17’36.286s

3.Azam Omar (Yamaha) 17’36.377s

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ARRC, Kejuaraan Motosikal Asia FIM, Litar Antarabangsa Chang Thailand, Mohd Zaqhwan Zaidi, Motor, Musashi Boon Siew Honda Racing, Ratthapong Wilairot, Tomoyoshi Koyama, Yuki Takahashi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev