MAZDA3 generasi ke-3 tahun ini mencecah usia lima tahun dan sudah tiba masa model itu menjalani kitaran produk. Tentunya Mazda kini sedang mempersiapkan pengganti baharu yang bakal menghadapi saingan sengit dalam segmen kompak.
Mazda3 nampaknya tidak akan menghadapi banyak masalah untuk menarik minat pembeli baru jika melihat penampilan Kai Concept. Dipamerkan pada Pameran Motor Tokyo 2017, model konsep seksi itu kini tiba di Eropah buat kali pertama di Geneva.
BACA >>> 7 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Mazda3 GVC (2017)
JARAK RODA PANJANG
Masih tetap tidak berubah sejak debut di Jepun, dan dilihat sebagai perkara yang baik. Lihat saja aura kuat yang ada padanya menerusi luaran bersih dan tampak cantik segenap sudut. Serahkan saja kepada pereka Mazda, kerana mereka sememangnya mampu menghasilkan ciptaan automobil yang cukup menarik di sini.
Bayangkanlah rekabentuk itu kekal sama untuk model versi pengeluaran. Tetapi secara logik, kemungkinan besar situasi itu tidak akan terjadi. Ini kerana berbanding Mazda3 sedia ada, Kai Concept memiliki jarak roda panjang dan tentunya menambah baik ruang kaki penumpang belakang yang akan jadi lebih luas.
BACA >>> Mazda SkyActiv-X Bakal Gabungkan Enjin Petrol dengan Teknologi Diesel
Ruang kabin dipasangkan teknologi terkini. Masih belum diketahui bilakah ketibaan Mazda3, tetapi seperti pendahulunya, model itu akan ditawarkan dalam versi sedan dan hatchback. Kedua-dua model segmen-C itu akan berkongsi pilar-C sama, termasuk enjin SkyActiv generasi baharu.
GALERI
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply