TOYOTA Eropah melancarkan Hilux edisi istimewa baharu, dipanggil 'Invincible 50 Chrome' sempena menyambut ulang tahun ke-50 trak pikap itu di pasaran antarabangsa. Model pertama Hilux diperkenalkan pada 21 Mac 1968 di Jepun sebelum disusuli pasaran Eropah pada tahun berikutnya.
Hilux adalah antara barisan model Toyota paling berjaya dengan lebih 18 juta unit terjual seluruh dunia, sekali gus melayakkan model itu menjadi salah satu trak pikap paling popular di peringkat antarabangsa.
BACA >>> Australia Lancar 3 Varian Baharu Toyota Hilux (2018) - Rogue, Rugged, Rugged X
Hilux edisi baharu kali ini didatangkan dengan aksesori tersendiri yang sekali pandang sangat mudah mengecam trak pikap itu sebagai kenderaan edisi istimewa. Paling ideal, penampilan baharu tersebut bukan saja sesuai untuk aktiviti gaya santai, tetapi juga urusan profesional.
Antara ciri ditawarkan ialah bar krom untuk pelapik but, pemijak sisi, gad depan dan cangkuk tunda berkrom, pelindung fender hitam, dan set rim aloi 18-inci dengan kemasan canai. Pelapik lantai but plastik turut diberikan berserta sil pintu spesial.
BACA >>> Ku Tak Rela Dibenci, Inilah Respon Toyota Susulan Ujian 'Hilux Terangkat Dua Tayar'
Trenkuasa pula dijana enjin diesel 2.4L D-4D berkuasa 148hp dan tork 400Nm dengan fungsi enjin hidup-mula (stop-start) untuk penjimatan bahan api.
Leave a Reply