• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Terkejut, Harga Wuling Cortez Dijangka Rp190 juta (RM57,336) Sahaja!

Indonesia Terkejut, Harga Wuling Cortez Dijangka Rp190 juta (RM57,336) Sahaja!

December 22, 2017 By Azhan O Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI berita susulan mengenai model Wuling Cortez yang dikhabarkan bakal dilancarkan di Indonesia pada awal tahun depan. Walaupun ciri asas didedahkan, Wuling Motor Indonesia (WMI) masih berahsia tentang harga jualan model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak dari China itu.

Sedikit tentang ciri Cortez lain, MPV itu dibekalkan ciri moden lengkap seperti kerusi elektrik bahagian pemandu dan penumpang, bumbung suria, brek parkir elektronik (EPB) dengan auto hold, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Antik-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Traksi (TRC).

BACA >>> Spesifikasi Wuling Cortez Versi Indonesia Didedahkan, Bakal Lancar Januari 2018

Sebenarnya, semua ciri tersebut bukanlah teknologi baharu, tetapi apa yang mengujakan pembeli Indonesia ialah spesifikasi premium seperti itu adalah kali pertama dibekalkan kepada model MPV dalam kategori bajet atau murah. Jika di Malaysia, model MPV bajet biasanya merujuk kepada kereta nasional dalam segmen A atau B sama ada MPV, sedan atau hatchback.

HARGA MENGGIURKAN

wuling-cortez-indonesia-16
wuling-cortez-indonesia-11
wuling-cortez-indonesia-14
wuling-cortez-indonesia-15
wuling-cortez-indonesia-13
wuling-cortez-indonesia-12

Kini, apa yang bermain dalam fikiran pembeli di sana adalah tentang harga dan ramai membayangkan MPV tersebut akan dijual lebih Rp300 juta (RM90,5300) selepas mengaitkan spesfikasi ditawarkan  dengan model crossover di pasaran negara jiran itu yang juga memiliki ciri premium sama.

Namun, menurut sumber dipercayai yang dipetik portal AutonetMagz, Cortez akan dijual pada harga bermula Rp190 juta (RM57,336) hingga Rp240 juta (RM72,424), yang sekelas harga MPV bajet sedia ada.

BACA >>> Debut Mitsubishi Xpander di Indonesia, Tiba di Malaysia Tahun Depan?

Sebagai perbandingan dengan MPV pesaing lain di pasaran Indonesia, harga 190 juta (RM57,336) adalah setara varian paling basis, Mitsubishi Xpander, iaitu GLX, Rp189 juta (RM57,209), dan sama juga seperti harga Toyota Avanza 1.3 E. Kalau dibandingkan harga paling mahal pula, pun masih tidak melebihi varian Xpander paling premium, Ultimate yang berharga Rp246 juta (RM74,463). Sebaliknya, Cortez paling premium cuma dijual Rp240 juta (RM72,424).

MPV BAJET BAHARU 2018?

Menurut sumber itu lagi, varian Cortez akan dibezakan mengikut trim mewah dengan dua opsyen transmisi, manual 6-kelajuan dan AMT.

Dari segi spesifikasi, Cortez dijana enjin 1.8L 4-silinder sebaris DOHC berkuasa 129hp pada 5,600rpm dan tork 174Nm (3,600-4,600rpm). Tempahan awal sudah sedia dibuka, manakala pelancaran rasmi akan berlangsung pada Januari tahun depan.

Kalau masih hairan kenapa rakan jiran kita di sana sangat teruja dengan Cortez, sekarang bayangkan pula harga sebuah MPV dengan ciri lengkap seperti di atas dijual pada harga MPV popular Malaysia, Perodua Alza. Apapun, segmen MPV Malaysia macam perlahan sedikit tahun ini, apakah ada sesuatu kejutan pada tahun depan?

Sementara itu, Xpander juga khabarnya bakal memasuki pasaran Malaysia tahun depan. Apa pendapat peminat MPV kita?

SUMBER: AutonetMagz

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Wuling, Wuling Cortez, Wuling Motor Indonesia (WMI)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev