• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Renault Tidak Minat Lagi Masuk Pasaran Amerika, Lebih Teruja dengan China, Rusia

Renault Tidak Minat Lagi Masuk Pasaran Amerika, Lebih Teruja dengan China, Rusia

November 22, 2017 By Han Othman 1 Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) bagi perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Carlos Ghosn berkata beliau kini tidak berminat memperkenalkan semula Renault ke pasaran Amerika Syarikat (AS). Dalam satu temubual dengan portal Automotive News, Ghosn mendakwa Renault sudah menyasarkan pasaran baru di China dan Rusia, serta tidak berminat lagi bersaing di AS.

“Saya tidak fikir tentang itu (memasuki pasaran AS). Tiada peluang untuk melakukannya dalam pelan penggal pertengahan ini. Keutamaan bagi Renault buat masa ini ialah China dan Rusia.

“Renault akan menjual 70,000 unit kereta di China tahun ini dan sepatutnya menjual 550,000 unit lagi menjelang penghujung pelan nanti. Di Rusia, Renault perlu menumpukan kepada usaha pemulihan di sana," katanya sambil mendakwa Renault kini sudah ada cukup enjin untuk pembangunan masa hadapan dan tidak perlu ditambah lagi.

Walaupun Renault tidak berminat dengan AS, dua lagi rakan perikatan, Nissan dan Mitsubishi masih kekal menjual model masing-masing di negara itu. Ghosn turut berkata,  China, Rusia dan Brazil ialah tiga pasaran yang akan memberikan impak besar ke atas jualan perikatan automotif itu, yakni sebanyak 40 peratus menjelang 2022.

SUMBER: Car Scoops

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Carlos Ghosn, perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Renault-Nissan-Mitsubishi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev