• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Motosikal Terbaik Indonesia 2017 - Suzuki GSX R150 Pecah Dominasi Honda, Yamaha

Motosikal Terbaik Indonesia 2017 - Suzuki GSX R150 Pecah Dominasi Honda, Yamaha

November 13, 2017 By Han Othman 8 Comments

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS lebih sedekad lama memendam impian merangkul gelaran Motosikal Terbaik FORWOT (FMY) yang kali terakhir dicapai pada 2006, Suzuki Indonesia menerusi model Suzuki GSX-R150 akhirnya dinobatkan sebagai motosikal terbaik 2017 pilihan Forum Wartawan Otomotif (FORWOT) Indonesia.

Suzuki GSX-R150 menewaskan 36 calon lain daripada pelbagai model dan jenama yang berada di pasaran Indonesia sepanjang Januari-September 2017.

BACA >>> 32 Foto Suzuki GSX-R150 Ini Pasti Buat Anda Rasa Geram

Ketua Juri FMY 2017, Arief Aszhari berkata, sebanyak 37 motosikal baharu dilancarkan sepanjang setahun (September 2016 hingga Ogos 2017). Semua motosikal tersebut kemudian dinilai 25 wartawan automotif daripada pelbagai media cetak dan online.

"Tahap pertama penjurian, ada lima finalis motosikal terbaik, iaitu Honda CRF250 Rally, Honda Scoopy, Suzuki GSX-R15, Yamaha Aerox 155, dan Yamaha XMax,” katanya.

5 FINALIS DIPILIH

Suzuki GSX-R150
Suzuki GSX-R150
Yamaha XMax
Yamaha XMax
Yamaha Aerox
Yamaha Aerox
Honda Scoopy
Honda Scoopy
Honda CRF250 Rally
Honda CRF250 Rally

Selanjutnya, selepas lima finalis dipilih, pasukan juri sekali lagi mengadili untuk memilih motosikal terbaik FMY 2017. Bagi penjurian tahap dua, setiap juri diberikan jumlah skor 25 mata dan mereka perlu meneliti aspek rekabentuk, keselesaan, keselamatan, nilai ekonomi, pengendalian, prestasi, fungsional, mesra alam, pengalaman tunggangan dan harga.

Menurut Arief, selepas diadili, Suzuki GSX-R150 terpilih merangkul gelaran motosikal terbaik FMY 2017, dengan meraih 161 mata, disusuli Yamaha XMax (139), Yamaha Aerox (116), Honda Scoopy (108), dan Honda CRF250 Rally (101).

BACA >>> Suzuki GSX-R150 Disumpah Jadi Cafe Racer, Memang Sungguh Menggoda Jiwa

PALING MENONJOL

Suzuki GSX-R150 memang layak mendapat gelaran motosikal terbaik FMY 2017 berasaskan beberapa aspek premium dan superior berbanding pesaing lain dari segi rekabentuk, pengenalan teknologi entri tanpa kunci pertama dalam kelas, berat paling ringan dalam kelas, harga kompetitif, lampu utama LED pertama dalam kelas, dan maklum balas positif daripada peminat motosikal seluruh Indonesia.

“Kami harap kemenangan ini menjadi pemacu kepada kebangkitan Suzuki di Indonesia. Ini termasuk pengeluar lain untuk menghasilkan model-model lebih baik, dan sesuai dengan jangkaan pembeli Indonesia,” kata Ketua Umum FORWOT, Indra Prabowo.

Menarik mengenai anugerah FMY, pemenang yang pernah menggenggam gelaran motosikal terbaik di Indonesia bukan hanya terdiri daripaa satu segmen dua roda saja, sekali gus membuktikan keterbukaan pasaran dan cita rasa penduduk di Negara Seberang itu.

SENARAI PEMENANG FMY 2006-2017

  • 2006 - Yamaha Jupiter MX
  • 2008 - Yamaha V-Ixion
  • 2010 - Honda MegaPro
  • 2012 - Honda Vario Techno 125 PGM-FI
  • 2014 - Yamaha R25
  • 2015 - Yamaha NMax
  • 2016 - Honda CBR150R
  • 2017 - Suzuki GSX-R150

SUMBER: DapurPacu.com

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Forum Wartawan Otomotif (FORWOT), Motosikal Terbaik FORWOT (FMY), motosikal terbaik Indonesia 2017, roda2, sportbike, Suzuki GSX-R150, Suzuki Indonesia

Comments

  1. Man says

    November 14, 2017 at 11:47 AM

    Masuk malaysia ke

    Reply
  2. Dwen says

    December 3, 2017 at 10:39 AM

    Mimpi je la nak masuk Malaysia. Suzuki Malaysia masih tido lagi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev