• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Bakal Pamer Lagi Kereta EV dengan Teknologi AI, Kali Ini di Tokyo

Honda Bakal Pamer Lagi Kereta EV dengan Teknologi AI, Kali Ini di Tokyo

October 6, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

WALAUPUN hebat dalam mengeluarkan kenderaan mesra pengguna, Honda pada masa sama masih lagi mengekalkan produk DNA perlumbaan. Ramai mengakui memandu sebuah jentera Honda tidak sama dengan jenama lain dan kata-kata tersebut banyak merujuk kepada karakter enjin masterpiece, VTEC atau i-VTEC.

Tetapi apakah Honda mahu bergantung kepada enjin pembakaran dalaman sampai bila-bila?

PROJEK EV

Honda Urban EV Concept
Honda Urban EV Concept

Menyedari hakikat tersebut, pengeluar dari Jepun itu dalam diam-diam membangunkan projek kenderaan elektrik (EV) yang akan dikeluarkan dalam skala besar.

Ini boleh dilihat pada Pameran Motor Frankfurt (2017) yang berlangsung pertengahan bulan ini. Tanda diduga, Honda tampil mempamerkan Urban EV Concept yang menggunakan trenkuasa tenaga elektrik. Menariknya, Honda mendakwa model itu bukan sekadar konsep, tetapi memang bakal dikeluarkan menjelang 2019.

Lebih mengujakan, Urban EV Concept sangat mirip Civic Hatchback (dipanggil 'Civic Telur') yang popular sekitar era 1970-an. Kejutan tersebut nyata menjadi apabila model konsep itu mendapat sambutan positif peminat automotif.

SPORTS EV CONCEPT

Kini, Honda sekali lagi bakal membuat kejutan di Pameran Motor Tokyo (2017) pada 25 Oktober ini yang mana satu lagi kereta elektrik akan menyusul. Model dimaksudkan itu ialah Sports EV Concept. Namun, tidak banyak maklumat didedahkan kecuali empat baris kenyataan dan sekeping foto seperti gambar utama di atas.

Honda memaklumkan, kereta sport itu menampilkan rekaan menyerlah dengan rupa depan mesra dan permukaan badan lembut (kereta sport comel?). Semua ciri itu sengaja dibuat begitu supaya kereta sport EV pertama Honda itu dapat disesuaikan dengan pelbagai gaya hidup.

Pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Honda merekabentuk kereta EV berkenaan supaya seronok dipandu dan turut menawarkan hubungan emosi dengan pemandu. Paling penting, keseronokan itu dapat dicapai tanpa perlu lagi melihat indikator meter minyak.

Bukan saja teknologi EV, Sports EV Concept juga menggunakan teknologi kepintaran buatan (artificial intelligence). Perincian mengenai teknologi itu pasti akan didedahkan di Tokyo kelak.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Honda, Honda Sports EV Concept, Kenderaan Elektrik (EV), kereta konsep, Pameran Motor Tokyo 2017, Tokyo Motor Show 2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev