• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Otai Masih Berbisa - Daihatsu Charade (16 Tahun) Tamatkan Rali Mongol 10,000km

Otai Masih Berbisa - Daihatsu Charade (16 Tahun) Tamatkan Rali Mongol 10,000km

August 30, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

298
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JANGAN pandang rendah kereta lama kerana anda pasti terkejut dengan kemampuanya. Ini dibuktikan pasangan bapa dan anak pada 2006 apabila kedua-dua mereka menamatkan Rali Mongol sejauh 10,000 kilometer dengan hanya memandu Daihatsu Charade berusia 16 tahun! Lebih mengagumkan, Charade tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan sepanjang perjalanan mereka.

Pelajar dari Surrey, David Mayo, 21, mengambil masa 20 hari untuk menghabiskan acara kutipan derma bersama ayahnya, Tony yang juga guru berusia 55 tahun. Nama pasukan mereka - Mongolian Taxi Service.

SERBA MENCABAR


Acara rali tersebut memang sukar dengan petak mula bermula pada 22 Julai 2006 di Hyde Park, London menuju ke ibu kota Ulaanbaatar, Mongolia. Daripada sekian ramai peserta, terdapat 160 peserta terkandas dan gagal menamatkan saingan.

Mayo berkata;

Kereta kecil ini begitu menakjubkan. Walaupun bukan acara perlumbaan, tetapi kami peserta kelima berjaya sampai. Keadaan sangat teruk hingga ada sebuah Mini terus hilang apabila terjatuh ke dalam lubang jalan.

Bahagian paling teruk ialah memandu merentangi Kazakhstan. Kami mengambil masa dua hari penuh hanya untuk memandu sejauh 50km. Enjin kereta tidak berapa serasi dengan petrol RON80, dan suspensi turut terkesan apabila kami melanggar lopak jalan. Namun, Charade ini masih mampu meneruskan perjalanan."

Pasangan bapa-anak itu memang selamba kerana mereka berdua langsung tiada pengetahuan mekanikal tentang kereta, tetapi tetap mahu mencuba kerana percaya kereta lama buatan Jepun itu boleh diharapkan.

Peraturan Rali Mongol juga unik, peserta hanya boleh memilih kenderaan di bawah 1,000cc. Satu lagi syarat pelik ialah kenderaan digunakan mestilah tidak sesuai langsung untuk pengembaraan sejauh itu. Sekarang bayangkan Perodua Kancil atau Viva dari Britain ke Mongolia.

Sebelum memulakan perjalanan, Mayo dan bapanya berjaya mengutip derma sebanyak £1,000 (RM5,512). Bukan itu saja, apabila tiba di Ulaanbatar, Charade tersebut didermakan, manakala peralatan perkhemahan dan alat mainan dilelong. Hasil lelongan kemudian disumbangkan kepada badan kebajikan kanak-kanak.

Pasangan tersebut turut dibantu Daihatsu Vehicle Distributors Limited dengan kerja-kerja persiapan dibuat Halls of Ruddington.

Related

298
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Britain, Daihatsu, Daihatsu Charade, Hyde Park, Mongol Rally, Rali Mongol, Rally of Mongol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev