• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Umur 16 Tahun Sudah Beli Lori Mercedes-Benz Unimog, Kini Lebih Tiga Dekad Tetap Setia

Umur 16 Tahun Sudah Beli Lori Mercedes-Benz Unimog, Kini Lebih Tiga Dekad Tetap Setia

August 1, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

522
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINAT terhadap dunia automotif tidak sepatutnya dihadkan kepada motosikal atau kereta saja. Ini dibuktikan lelaki dari Jerman ini, Sascha Voß. Pada usia 16 tahun ketika rakan sebaya lain menyimpan duit untuk membeli motosikal, Voß pula mengidamkan sebuah kenderaan yang bukan motosikal, kereta, jet ski, HotWheels atau kenderaan pelbagai muka bumi (ATV).

Sebaliknya,Voß memilih Mercedes-Benz Unimog, yakni model lori buatan pengeluar kereta mewah dari negara kelahirannya itu. Ya,dia betul-betul mahukan Unimog hingga mampu memiliki lori itu seawal usia 16 tahun daripada model 411 series keluaran 1985.

Voß kini sudah pun berusia 47 tahun, tetapi sejak kali pertama memiliki Unimog, dia memang tidak pernah berpaling ke belakang lagi. Pembelian paling terbaru ialah Unimog 530 berwarna hijau 'sap green'.

IBARAT MESIN WANG

Unimog baharu itu ibarat mesin wang kepada Voß yang kebetulan membina karier dalam bidang perhutanan dan kerja-kerja berkaitan tanah. Dek memudahkan tugasan berat yang perlu dilangsaikan, dia memilih mendapatkan model Unimog paling premium berkuasa tertinggi.

Mesin potongan kayu yang dipilih ialah model HEM 581 buatan Jenz yang mampu memproses kayu balak berdiamater 65sm menjadi sehalus batang penyepit atau chopstick. Voß sudah bekerja sendiri sejak 20 tahun lalu, dan sentiasa sibuk dengan pelbagai projek dan kontrak di bawah majlis perbandaran dan pemilik hutan.

Jika tiada kerja memproses balak perlu dilakukan, beliau akan mengangkut mesin aspal buatan HEN di belakang UNIMOG untuk membuat jalan hutan dan perladangan.

Namun, kegemaran utama Voß tetap dalam bidang pemprosesan balak. Khabarnya, projek terbaru sudah sedia menanti, iaitu menyelesaikan kayu-kayan di sebelah rel kereta api milik syarikat Deutsche Bahn German.

Related

522
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: lori Mercedes-Benz, Mercedes-benz, Mercedes-Benz Unimog, minat lori, Roda4, Sascha Voß, Unimog

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my