Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BUDI95: 13.9 Juta Rakyat Nikmati Petrol RM1.99 Seliter, Catat Jualan RM5.15b Setakat November
Auto Terkini

BUDI95: 13.9 Juta Rakyat Nikmati Petrol RM1.99 Seliter, Catat Jualan RM5.15b Setakat November

SyafieBy Syafie02/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Petrol RON95

PROGRAM subsidi petrol bersasar Budi MADANI RON95 (BUDI95) mencatat perkembangan memberangsangkan apabila 13.9 juta rakyat Malaysia menikmati harga petrol bersubsidi RM1.99 seliter setakat 30 November 2025.

Angka itu mewakili lebih 84 peratus daripada 16.5 juta rakyat yang layak menerima subsidi di bawah mekanisme baharu berkenaan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying yang memaklumkan dalam tempoh sama, program BUDI95 merekodkan nilai jualan RM5.16 bilion, melibatkan penggunaan petrol sekitar 2.59 bilion liter.

Jimat RM2.5 Bilion hingga RM4 Bilion Setahun

Hui Ying berkata, Kerajaan menjangka dapat menjana penjimatan fiskal antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, tertakluk kepada:

  • Pergerakan harga minyak mentah dunia
  • Pola penggunaan domestik
  • Penghapusan subsidi kepada segmen tidak disasar seperti bukan warganegara dan pengguna komersial

Unjuran itu dibuat berdasarkan pelbagai senario harga minyak global antara AS$60 dan AS$80 setong.

Data Penjimatan Penuh Dinilai Mula 2026

Hui Ying menjelaskan, disebabkan pelaksanaan penyasaran subsidi BUDI95 hanya bermula 30 September 2025, penjimatan tahunan sebenar hanya dapat dinilai secara menyeluruh bermula 2026.

Bagi 2025, fokus diberikan kepada pemantauan operasi dan penambahbaikan pelaksanaan bagi memastikan sistem BUDI95 kekal stabil dan mesra pengguna, selain mengekang ketirisan subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Dr Lingeshwaran R Arunasalam dalam sesi Dewan Negara, hari ini.

Penjimatan untuk Kebajikan Rakyat

Hui Ying turut memaklumkan penjimatan hasil penyasaran subsidi seperti BUDI95 mewujudkan ruang fiskal lebih luas kepada Kerajaan bagi menyalurkan perbelanjaan ke sektor utama rakyat.

Antara sektor bakal menerima manfaat langsung ialah:

  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Pengangkutan awam
  • Bantuan kos sara hidup

Lebih Jimat, Elak Ketirisan

Program BUDI95 bukan sekadar mengekalkan harga RON95 pada paras RM1.99 untuk rakyat layak, tetapi turut memberi kesan besar terhadap penjimatan fiskal negara dan usaha mengekang ketirisan subsidi kepada pihak tidak sepatutnya.

Dengan hampir 14 juta rakyat menikmati manfaat, BUDI95 kini menjadi tonggak utama strategik Kerajaan dalam mengimbangi kebajikan rakyat dan kelestarian kewangan negara menuju 2026.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Budi Madani RON95 (BUDI95) harga ron95 Kementerian Kewangan (MOF) Subsidi Bersasar
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.