• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR650F, CB650F (2017) Perkenal Warna Baharu, Kini Lebih Kuasa

Honda CBR650F, CB650F (2017) Perkenal Warna Baharu, Kini Lebih Kuasa

July 27, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) semakin agresif tahun ini menerusi pelancaran demi pelancaran dalam usaha merebut semula takhta raja pasaran motosikal di Malaysia. Terkini, BSH memperkenalkan Honda CBR650F dan CB650F versi 2017 dengan menaik taraf spesifikasi dan warna baharu.

Honda CBR650F dan CB650F kini tampil lebih berkuasa, iaitu 89.8hp (67kW) @ 11,000rpm berbanding versi 2016. Kuasa baharu itu dicapai melalui pengenalan peredam bunyi lebih pendek yang menambah baik sistem injap masukan dan aliran ekzos.

Pengalaman tunggangan turut dikemas kini melalui penggunaan fork depan Injap Lentur Dual Showa atau Dual Bending Valve (SDBV) dan kaliper brek Nissin baharu. Malah, CBR650F dan CB650F turut dilengkapi lampu LED depan dan belakang.

Fairing CBR650F tampil dengan lekuk enjin yang menaikkan lagi imej lagak Honda FireBlade (2017) CBR1000RR. Dua model itu boleh didapati di Pengedar Impian Honda bermula 1 Ogos ini.

Harga dan Warna Honda CBR650F & CB650F

Model Warna Harga
CBR650F
  • Mat Gun Powder Black (hitam)
  • Millennium Red (merah)
  • Pearl Metalloid White (putih)
RM47,115.94
CB650F
  • Mat Gun Powder Black (hitam)
  • Millennium Red (merah)
  • Pearl Spencer Blue (biru)
  • Sword Silver Metallic (perak)
RM44,995.94

* Harga disyorkan termasuk CBP, tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian turut diberikan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Spesifikasi Honda CBR650F & CB650F


GALERI HONDA CBR650F

GALERI HONDA CB650F

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Honda, Honda CB650F, Honda CBR650F, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my