• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Pahang Mahu Caj Tol Jalan Genting Highlands Utamakan Penduduk Setempat

Kerajaan Pahang Mahu Caj Tol Jalan Genting Highlands Utamakan Penduduk Setempat

November 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Jalan Genting Highlands bakal ada tol.

ISU cadangan caj jalan persendirian di laluan utama menuju Genting Highlands terus mendapat perhatian apabila Kerajaan Pahang menegaskan kepentingan penduduk setempat mesti menjadi keutamaan sebelum sebarang bayaran dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Razali Kassim berkata, pihak berkaitan perlu mengambil kira kebajikan komuniti yang menggunakan laluan itu setiap hari, termasuk ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dan pekerja yang berulang-alik ke kawasan peranginan berkenaan.

Kita mahu kebajikan masyarakat setempat dijaga, kerana mereka melalui kawasan itu setiap hari."

Bukan Jalan Persekutuan, Genting Bina dan Selenggara

Jalan Genting Highlands bakal ada tol.

Razali turut menjelaskan, laluan berkenaan bukan Jalan Persekutuan atau Negeri, sebaliknya dibina dan diselenggara Genting Malaysia Bhd.

Terdahulu, Genting Malaysia mengesahkan akan mengenakan caj ke atas kenderaan yang memasuki laluan itu, tetapi butiran penuh hanya akan diumumkan selepas struktur bayaran dimuktamad.

KKR: Terletak Atas Tanah Milik Persendirian

Jalan Genting Highlands
Jalan Genting Highlands

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut mengesahkan berdasarkan semakan awal Kementerian, laluan itu terletak atas tanah milikan persendirian, dan bukan sebahagian Jalan Persekutuan.

Justeru aspek seperti keselamatan, standard teknikal dan kawal selia terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Pahang melalui Majlis Perbandaran Bentong (MPB), manakala KKR tidak mempunyai kuasa perundangan ke atas laluan tersebut.

Isu Caj Genting Terus Jadi Perhatian

jata negeri Pahang

Cadangan caj berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna dan masyarakat sejak minggu lalu. Ramai pengguna menyuarakan kebimbangan terhadap impak kos kepada penduduk setempat dan pekerja kawasan peranginan itu yang menggunakan laluan sama setiap hari.

Bagaimanapun, Kerajaan Pahang menyatakan komitmen, sebarang pelaksanaan perlu disusun teliti, dan tidak membebankan komuniti tempatan.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Genting Malaysia Berhad (GENM), Jalan Genting Highlands, Jalan Persendirian, Jalan Tol, Kementerian Kerja Raya (KKR), Kerajaan Pahang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my