• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Rasmi Buka Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

Modenas Rasmi Buka Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

October 22, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

SUBSIDIARI DRB-Hicom, Modenas meraikan pembukaan rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) dan ibu pejabat baharu Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) di Novus Business Park, Glenmarie, Shah Alam.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan, yang menyatakan premis baharu itu adalah langkah strategik dalam misi Modenas dan Kawasaki untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan bertaraf dunia, kecemerlangan teknikal dan pengalaman pelanggan lebih baik kepada penunggang di Malaysia.

Roslan: Perkukuh Kolaborasi, Pengalaman Lancar

Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie
Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

Bagi setiap penunggang Kawasaki, KTC adalah janji kami terhadap keyakinan selain prestasi, anda boleh bergantung kepada kebolehpercayaan, keselamatan dan sokongan masa depan.

"Dengan menggabungkan EMOS dan KTC bawah satu bumbung, kami memperkukuh kolaborasi, mempercepat masa respons dan mewujudkan pengalaman lebih lancar kepada pelanggan serta rakan niaga."

Pengurus Besar Bahagian Jaminan Kualiti (QA) Kawasaki Motors Corporation, Go Nomura berkata;

Pusat Teknikal ini menghubungkan Malaysia terus ke jaringan perkhidmatan global Kawasaki, dan memastikan penunggang di sini menikmati standard kelas dunia yang sama seperti pasaran lain."

Empat Teras Utama KTC

Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie
Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

Premis KTC berperanan sebagai hab utama kecemerlangan teknikal dan sokongan selepas jualan di Malaysia yang dibina berasaskan empat teras utama:

  • Pusat latihan teknikal: Latihan teknikal dan produk secara tersusun untuk juruteknik pengedar
  • Hab operasi servis: Rujukan untuk panduan teknikal, piawaian proses dan penambahbaikan produk
  • Pengurusan alat ganti dan perkakasan: Memastikan kesiapsiagaan stok alat ganti, peralatan khas dan koordinasi logistik
  • Sokongan kualiti dan jaminan: Pusat rujukan bagi diagnostik, pemeriksaan dan penilaian tuntutan waranti

Pembangunan Bakat, Teknologi Tempatan

Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie
Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

Selain operasi, KTC turut berperanan sebagai platform pembangunan bakat tempatan, yang mana juruteknik akan menerima latihan berterusan, pengedar ditingkatkan kemahiran, manakala bakat baharu dipupuk.

Semua itu selaras standard global Kawasaki dan aspirasi latihan dan pendidikan vokasional dan teknikal (TVET) Malaysia dalam industri teknikal bernilai tinggi.

KTC bukan sekadar mengenai mesin, ia mengenai manusia. Dengan melengkapkan pengedar dan juruteknik kami dengan ilmu bertaraf dunia, setiap penunggang Kawasaki mampu yakin yang perjalanan mereka sentiasa disokong sepenuhnya." - Jin Inoue, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Modenas

Komitmen Keselamatan, Kecemerlangan

Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie
Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

Sebagai bukti komitmen keselamatan, Modenas turut mengumumkan 12 model Kawasaki menerima rating lima bintang bawah MyMAP 2025, yang meletakkan jenama itu antara peneraju dalam mempertingkat standard industri motosikal tempatan.

Majlis pelancaran dihadiri Go Nomura, Pengarah MIROS, Ulhaidi Mohd Jawi, Roslan Roskan dan Jin Inoue.

Langkah tersebut mengukuhkan lagi peranan Modenas dalam menyokong pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP 2030) melalui usaha lokalisasi, pembangunan bakat, dan peningkatan keupayaan teknikal peringkat nasional.

Dengan pelancaran premis moden itu, Modenas menegaskan komitmen untuk terus memacu industri motosikal tempatan ke arah standard global yang menjadikan Malaysia bukan saja pengguna, tetapi hab pembangunan teknologi motosikal serantau.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Technical Centre, Kawasaki Technical Centre (KTC), Modenas, Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev