• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800

Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800

October 21, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Kawasaki Z900 2025

DALAM satu acara berganda penuh bersejarah, pengeluar motosikal nasional Modenas, yang juga subsidiari DRB-Hicom memperkenalkan Kawasaki Z900 2025 sempena perasmian Kawasaki Technical Centre (KTC) di Glenmarie, Shah Alam, Selangot.

Streetfighter itu mewarisi falsafah ikonik Sugomi daripada Kawasaki meneruai gaya agresif, prestasi mengujakan dan pengendalian lincah yang memberikan pengalaman tunggangan penuh keyakinan dan keterujaan.

Roslan - Bab Baharu Kawasaki di Malaysia

Kawasaki Z900 2025

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata;

Pelancaran Kawasaki Z900 menandakan bab baharu buat Kawasaki di Malaysia. Ia melambangkan kebebasan, identiti dan prestasi, mencerminkan komitmen Modenas dalam menyampaikan motosikal taraf dunia kepada rakyat Malaysia."

Prestasi, Teknologi

Kawasaki Z900 2025 dikuasakan enjin 4-silinder sebaris 948cc penyejukan cecair, dengan spesifikasi berikut:

Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
  • Kuasa 123hp @ 9,500rpm, dan tork 97.4Nm @ 7,700rpm
  • Frem trellis ringan dengan sistem suspensi fork terbalik (USD) 41mm di depan, dan monoshock (belakang)
  • DIlengkapi ciri Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), dan mod tunggang boleh laras
  • Panel meter TFT warna penuh dengan konektiviti aplikasi Rideology

Warna, Varian

Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025

Kawasaki Z900 2025 hadir dalam dua kombinasi warna baharu yang menonjolkan DNA Sugomi:

  • Metallic Moondust Grey / Metallic Spark Black / Candy Lime Green dengan frem Golden Blazed Green
  • Metallic Spark Black / Metallic Carbon Grey / Flat Super Black

Bagi penunggang yang mahukan pakej lebih premium, varian Kawasaki Z900 SE menawarkan spesifikasi lebih tinggi seperti:

 

Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) 41mm boleh laras penuh, dan monoshock Öhlins S46 gas-charged (belakang)
  • Sistem brek cakera Brembo 300mm dengan kaliper Brembo M4.32 radial-mount di depan.
  • Warna eksklusif: Metallic Matte Graphite Gray / Ebony / Metallic Graphite Gray dengan frem Golden Blazed Green

Kawasaki Z900 bukan sekadar motosikal, tetapi simbol semangat, identiti dan keseronokan menunggang. Kami yakin penunggang Malaysia akan terus meraikan gaya hidup Kawasaki," kata Ketua Pegawai Pemasaran Modenas, Jin Inoue.

Sementara itu, Go Nomura dari Kawasaki Motors Jepun menambah, pelancaran Z900 bersama KTC membuktikan komitmen Kawasaki dan Modenas dalam membawa inovasi dan kualiti global terus ke Malaysia.

Harga, Ketersediaan

  • Z900 2025 - RM47,800 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran)
  • Z900 SE 2025 - RM60,100

Kedua-dua model kini boleh didapati di semua Kawasaki All-Star dan Kawasaki Exclusive Dealerships seluruh negara.
Dengan rekabentuk berani, kuasa mantap dan teknologi moden, Kawasaki Z900 2025 kekal sebagai ikon sejati dalam dunia naked sport, yang kini dilahirkan semula di Malaysia bawah bimbingan Modenas.

Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025 2
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En. Roslan Roskan
Pelancaran Kawasaki Z900 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki Motors, Kawasaki Z900 2025, Modenas, naked bike, roda2, streetfighter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev