• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kenderaan Elektrik (EV) / Toyota e-Palette 2026 Mula Dijual di Pasaran Jepun, Harga Mula RM820k

Toyota e-Palette 2026 Mula Dijual di Pasaran Jepun, Harga Mula RM820k

September 15, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Toyota e-Palette 2026

TOYOTA Motor Corporation (Toyota) mengumumkan memulakan jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) generasi baharu, Toyota e-Palette 2026 bermula 15 September 2025 di Jepun.

Model itu dibangunkan bagi memenuhi pelbagai bentuk perkhidmatan mobiliti seperti pengangkutan awam, ruang perniagaan mudah alih, dan juga platform hiburan.

Toyota e-Palette Concept

Menariknya, pada Februari 2024, Toyota pernah mempamerkan model konsep Toyota e-Palette Concept (foto atas) di Kuala Lumpur sempena Pameran Toyota Beyond Zero.

Misi Toyota dengan e-Palette bukan baharu yang mana kenderaan itu pernah digunakan sebagai pengangkutan rasmi sepanjang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Masa Depan Mobiliti Toyota

Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026

Toyota akan membawa masuk e-Palette ke Toyota Arena Tokyo dan Toyota Woven City untuk pelbagai inisiatif seperti perkhidmatan pengangkutan dan kedai bergerak.

Demonstrasi pemanduan automatik juga akan dilaksanakan bersama pengedar, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan rakan teknologi.

Toyota e-Palette 2026

Menerusi e-Palette, Toyota terus memperluas kemungkinan mobiliti ke arah mewujudkan masyarakat mobiliti yang mana semua pengguna dapat menikmati kebebasan bergerak bukan saja dari segi fizikal, tetapi juga secara emosi.

Melihat perancangan itu, Toyota e-Palette juga dilihat bersesuaian untuk kompleks perumahan seperti Forest City atau di pusat pengajian yang luas dalam negara kita.

Rekabentuk, Kegunaan Pelbagai

Toyota e-Palette 2026

Toyota e-Palette direka dengan kabin luas dan tingkap besar untuk memberi rasa terbuka yang bukan sekadar pengangkutan, tetapi mampu berubah fungsi mengikut keperluan seperti:

  • Bas ulang-alik pada waktu pagi dan petang
  • Kedai bergerak ketika siang hari
  • Kenderaan hiburan dengan pemasangan peralatan komunikasi atau audio untuk pengalaman tontonan sukan realistik atau lawatan maya ketika bergerak

Kabin boleh diubah suai dengan mudah, sesuai untuk menyokong aplikasi mobiliti lebih kreatif mengikut idea pelanggan

Rekabentuk Mesra Akses

Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026

Antara ciri utama Toyota e-Palette adalah:

  • Lantai rendah dengan fungsi boleh laras ketinggian
  • Pintu gelangsar lebar dan tanjakan (ramp) elektrik untuk pengguna berkerusi roda
  • Pilihan tambahan seperti peranti pengikat kerusi roda satu sentuhan

Keselamatan, Pemanduan Automatik

Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026

Toyota e-Palette mampu menggunakan sistem pemanduan automatik Tahap 2. Toyota akan terus menambah baik fungsi dengan sasaran melancarkan model dilengkapi sistem pemanduan automatik Level 4 ke pasaran menjelang tahun fiskal 2027.

Kenderaan elektrik itu boleh menggunakan sistem pemanduan automatik yang dibangunkan pelbagai syarikat (kit pemanduan automasi (ADK), dan perkakasan dan perisian kawalan pemanduan automatik seperti sensor kamera dan LiDAR yang sesuai dengan antaramuka kawalan kenderaan (VCI) Toyota.

Sambungan standard dan sistem sandaran (redundant) dipasang bagi menjamin reliabiliti, manakala integrasi dengan sistem pengurusan operasi memastikan kelancaran operasi.

Kelengkapan Canggih

Toyota e-Palette 2026

  • Sistem Steer-by-Wire: Kawalan stereng generasi baharu dengan beban input lebih ringan
  • Stereng bentuk unik yang membentuk kokpit moden
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
  • Papan Tanda Digital (Digital Signage): Dipasang dalam dan luar kenderaan yang boleh diubah untuk berkongsi maklumat mengikut kegunaan
  • Sistem Pemantauan Kabin untuk keselamatan operasi pintu

Fungsi Pengecasan, Bekalan Kuasa

Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026

Toyora e-Palette menggunakan pengecasan standard (AC) dan pantas (DC), serta boleh membekalkan tenaga elektrik ketika tidak bergerak yang sesuai sebagai sumber kuasa kecemasan ketika bencana.

Berikut spesifikasi utama Toyora e-Palette:

  • Dimensi: Panjang 4,950mm, lebar 2,080mm, dan tinggi 2,650mm
  • Dimensi Kabin: Panjang 2,865, lebar 1,780mm , dan tinggi 2,135 mm
  • Berat: 2,950kg
  • Kapasiti Penumpang: 17 orang (empat duduk + 12 berdiri + 1 pemandu)
  • Tinggi Lantai: 370mm (270mm dengan pilihan boleh laras)
  • Bukaan Pintu: Lebar 1,280mm dan tinggi 1,900mm
  • Kelajuan maksimum: 80kmj
  • Radius Pusing Minimum: 6.5 meter
  • Jarak Pandu: ±250km (WLTC mod bandar, pinggir bandar)
  • Bateri: Litium-ion 72.82kWj
  • Motor: AC Segerak (synchronous) 150kW, tork 266Nm
  • Masa Pengecasan:
    • Pantas (DC 90kW / 200A): ±40 minit (80 peratus)
    • Standard (AC 6 kW / 30A): ±12 jam

Harga, Jualan

Toyora e-Palette dijual pada harga bermula 29 juta yen (RM827,200), termasuk cukai. Di Jepun, kenderaan itu juga layak menerima subsidi 15.835 juta  yen (RM451,700) di bawah Projek Promosi Elektrifikasi Kenderaan Komersial Kementerian Alam Sekitar Jepun (setakat 15 September 2025).

Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026
Toyota e-Palette 2026

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), MPV EV, Roda4, Toyota, Toyota e-Palette, Toyota e-Palette 2026, Van EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev