• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!

Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!

September 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SUBJENAMA premium BYD, Denza kini menawarkan Pakej Eksklusif Perayaan bernilai hingga RM5,000 untuk setiap pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik, Denza D9 sepanjang September ini.

Tawaran ini dibuat sebagai tanda penghargaan atas sokongan pelanggan dan kepercayaan terhadap jenama BYD dan Denza, yang kini sudah mencatat lebih 20,000 unit kenderaan di jalan raya.

Apa Menarik dengan Pakej Eksklusif Ini?

Tawaran itu bukan sekadar hadiah biasa, tetapi peningkatan pengalaman bagi pemilikan kenderaan elektrik (EV) premium. Setiap pelanggan akan menerima:

  • Pengecas dinding (wallbox) 22kW dengan pemasangan prodesional bagi memastikan kenderaan Denza sentiasa dicas dan bersedia untuk perjalanan jauh atau dekat.
  • Pakej servis percuma enam tahun dan 120,000km (mana satu tiba dulu) dengan jaminan ketenangan minda untuk jangka masa panjang.

Kenapa Pilih Denza D9?

Sebagai MPV elektrik premium di Malaysia, Denza D9 hadir dengan pelbagai ciri mewah dan teknologi terkini seperti:

  • Jarak pemanduan hingga 600km (NEDC) untuk perjalanan jarak jauh
  • Rekabentuk dalaman mewah dengan tempat duduk baris kedua multifungsi dan peti sejuk terbina dalam
  • Ruang luas dan fleksibel sesuai untuk keluarga dan perjalanan bisnes
  • Paparan kokpit digital dan teknologi sambungan pintar
  • Sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) canggih dan suspensi Disus-C untuk pemanduan lancar dan selamat

Lokasi, Tarikh Siri Jelajah Denza D9

Jangan lepaskan peluang merasai sendiri kemewahan Denza D9 di siri jelajah premium seluruh negara di lokasi dan tarikh berikut:

  • Queensbay Mall, Penang: 03 - 07 September
  • MyTown KL: 04 - 07 September
  • SIME Motors City, Ara Damansara: 05 - 07 September
  • AEON Mall, Melaka: 08 hingga 14 September
  • Publika Shopping Gallery: 10 - 14 September
  • Sunway Velocity, KL: 23 - 28 September
  • 1 Utama Shopping Centre: 22 September - 05 Oktober

Jom Jadi Famili Premium Denza

Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada famili Denza hari ini dan merasai sendiri kemewahan elektrik sebenar dengan pakej eksklusif bernilai RM5,000.

Tawaran ini hanya sah dalam masa terhad dan sebarang maklumat lanjut boleh layari denza.com/my atau kunjungi pusat pameran Denza berdekatan.

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, DENZA D9, Denza Malaysia, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MEV EV, MPV Elektrik, Pakej Eksklusif Perayaan Denza D9, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my