SEMAKIN banyak model hibrid membanjiri pasaran, dan semakin ramai pemilik mula sedar enjin hibrid bukan jenis 'asal jalan'. Sistem hibrid bekerja dua alam dengan motor elektrik dan enjin pembakaran dalaman (ICE) sentiasa beroperasi sepanjang pemanduan. Jadi, perlindungan enjin juga perlu berbeza.
Salah satu pilihan terbaik di pasaran sekarang ialah Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20, iaitu minyak enjin sintetik penuh yang dirumus khas untuk enjin hibrid moden.
Diformulasi Khas untuk Enjin Hibrid
Minyak pelincir ini dibangunkan khas untuk menangani cabaran unik enjin hibrid, seperti kitaran hidup-mati (on-off) yang kerap, operasi pada suhu rendah, dan keperluan geseran minimum. Setiap kali menekan brek dan enjin berhenti, minyak ini terus melindungi komponen dalaman supaya tidak haus walaupun dalam kondisi lahu (idle).
Minyak pelincir ini menggunakan formula sintetik penuh dengan teknologi aditif canggih yang memberikan perlindungan berterusan terhadap pengoksidaan, pembentukan enapan, dan kakisan logam dalaman. Dalam ujian makmal, komponen yang direndam dalam minyak pelincir ini kekal bebas karat walaupun selepas ujian jangka panjang.
SAE 0W-20 - Perlindungan Laju, Jimat Minyak
Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 mempunyai kelikatan SAE 0W-20, iaitu antara tahap kelikatan terbaik enjin moden yang mengalir cepat ketika 'cold start' apabila enjin mula dihidupkan.
Minyak pelincir kelikatan rendah juga membantu mengurangkan geseran dalaman, dan seterusnya meningkatkan kecekapan bahan api. Dalam jangka masa panjang bukan saja membantu menjimatkan petrol, tetapi juga mengurangkan tekanan ke atas enjin.
Sesuai untuk Hibrid dan Enjin Petrol Biasa
Walaupun dirumus untuk hibrid, Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 juga sesuai untuk enjin petrol biasa yang memerlukan API SP atau ILSAC GF-6A SAE 0W-20. Jika anda memiliki dua kereta berbeza, hibrid dan petrol biasa, sebotol Havoline Hybrid boleh diguna untuk kedua-dua kereta itu.
Jangka Hayat Minyak Lebih Lama
Dengan teknologi pelinciran stabil pada suhu tinggi dan rintangan pengoksidaan terbaik, minyak pelincir ini membantu memanjangkan jarak sela servis. Ini membolehkan kos penyelenggaraan dijimatkan dan kekal yakin enjin dilindungi dengan baik.
Malah, minyak pelincir ini direka untuk bekerja dengan sistem start-stop yang semakin biasa digunakan pada kereta moden yang menjadikan produk ini sangat relevan masa kini.
Mudah Didapati, Senang Beli
Tidak perlu susah hati mana mahu mencari minyak pelincir Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 kerana boleh didapati secara dalam talian di Shopee, Lazada, dan pengedar, termasuk di pusat servis Caltex Havoline autoPro terpilih seluruh negara.
Malah produk minyak pelincir ini datang dalam botol baharu yang lebih premium dan senang dituang.
Jangan Sayang Kereta Separuh Jalan
Kereta hibrid memerlukan minyak peliincir diformulasi khas yang bukan sebarang produk yang ada. Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 ialah pilihan bijak kepada pemilik kenderaan yang mahukan perlindungan pelaburan dari segi prestasi, jangka hayat enjin dan penjimatan bahan api.
Dengan perlindungan kakisan, kecekapan pelinciran ketika cold start, dan teknologi yang menyokong penggunaan enjin moden, minyak enjin ini nyata bukan sebarang pelincir. Kalau pandai pilih kereta, jangan pula tersilap pilih minyak.
Leave a Reply