• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #MAS2025: Royal Enfield Classic 650 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM34,500

#MAS2025: Royal Enfield Classic 650 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM34,500

May 9, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN model scrambler Bear 650, Royal Enfield juga menambah satu lagi model baharu ke pasaran tempatan iaitu Royal Enfield Classic 650 2025 dalam tiga warna menarik.

Model ini direka khas untuk peminat motosikal berkonsep retro klasik, tetapi dengan suntikan teknologi dan spesifikasi moden bagi memberikan pengalaman tunggangan lebih selesa dan berkuasa.

Tiga Warna Menarik, Harga Kompetitif

Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650

Royal Enfield Classic 650 2025 ditawarkan dalam tiga warna menarik:

  • Bruntingthorpe Blue (biru)- RM34,500
  • Vallam Red (merah) - RM34,500
  • Black Chrome (hitam) - RM35,500

Warna-warna itu bukan sahaja menaikkan gaya motosikal, tetapi juga menyerlahkan elemen klasik yang menjadi DNA jenama Royal Enfield.

Spesifikasi Royal Enfield Classic 650 2025

  • Enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 647.95cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api, berkuasa 46.4hp @ 7,250rpm dan tork 52.3Nm @ 5,650rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Frem keluli tubular spine.
  • Fork teleskopik 43mm (depan) dan dwi-absorber (belakang).
  • Dimensi panjang 2,318mm, lebar 892mm dan tinggi 1,137mm, manakala jarak roda 1,475mm.
  • Jarak tinggi bumi 154mm.
  • Tinggi pelana 800mm.
  • Berat kasar 243kg.
  • Kapasiti tangki petrol 14.8 liter
  • Rim 19 inci dengan tayar 100/90 (depan), dan 18 inci dengan tayar 140/70 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 320mm (depan) dan cakera tunggal 300mm (belakang). Kedua-dua dilengkapi Sistem Brek Anti-Kuncir (ABS) dwi-saluran dengan kaliper 2-piston.
  • Sistem lampu LED untuk lampu depan dan belakang.
  • Ada soket USB Type-C.

Klasik Bertemu Teknologi Moden

Royal Enfield Classic 650

Walaupun membawa rupa klasik yang ikonik, Royal Enfield Classic 650 hadir dengan pelbagai penambahbaikan moden seperti sistem brek ABS, lampu LED, dan soket pengecas USB Type-C yang menjadikan model itu praktikal untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.

Model tersebut juga dilihat sebagai pelengkap sempurna kepada peminat Royal Enfield Classic 350 yang mahukan lebih kuasa dan kapasiti enjin.

Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650
Royal Enfield Classic 650

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), MAS 2025, roda2, Royal Enfield (RE), Royal Enfield Classic 650 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev