• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #MAS2025: BMW 330Li M Sport Baharu Debut, 50 Tahun Legasi 3 Series Diteruskan

#MAS2025: BMW 330Li M Sport Baharu Debut, 50 Tahun Legasi 3 Series Diteruskan

May 8, 2025 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW Malaysia sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju segmen automotif premium menerusi pelancaran BMW 330Li M Sport 2025 baharu di pameran Malaysia Autoshow 2025 di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS).

Pelancaran itu juga menyambut ulang tahun ke-50 model ikonik BMW 3 Series yang sudah melakar sejarah tujuh generasi sebagai simbol gaya, prestasi dan inovasi BMW.

BMW 330Li M Sport 2025 baharu hadir sebagai model jarak roda panjang yang direka khas untuk pasaran Malaysia yang menghargai keselesaan tanpa kompromi terhadap prestasi.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel menyifatkan model itu sebagai lambang evolusi berterusan BMW 3 Series yang menggabungkan DNA sporty, rekabentuk elegan, dan teknologi pintar terkini seperti sistem bantuan pemandu termasju dan konektiviti digital.

Rekabentuk dan Teknologi – Gaya Sporty Bertemu Kemewahan Pintar

Aspek luaran BMW 330Li M Sport 2025 baharu memukau ramai menerusi gril ginjal (kidney grille) Pearl Chrome, lampu depan LED adaptif lebih langsing, dan profil sisi memanjang yang menyerlahkan karakter sporty dengan keselesaan tambahan.

Di dalam, paparan melengkung BMW, terdiri daripada skrin 12.3 inci dan 14.9 inci memberikan pengalaman pemanduan lebih imersif dengan sistem operasi (OS) BMW Operating System 8.5 dengan fungsi QuickSelect.

Kemewahan dalaman diperhebat dengan sentuhan eksklusif seperti elemen Crafted Clarity, kemasan galvanik, dan sistem bunyi premium Harman Kardon dengan 16 permbesar suara. Pilihan upholsteri kulit Vernasca dalam warna Mocha atau Cognac pula melengkapkan ruang kabin sofistikated.

Pemanduan Pintar & Selamat

Dari segi prestasi, BMW 330Li M Sport 2025 baharu dilengkapi Kawalan Pemanduan Aktif, Bantuan Parkir Plus, dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) yang memastikan keselamatan dan pengendalian optimum. Ciri itu menambah nilai kepada pengalaman pemanduan 'Sheer Driving Pleasure' yang menjadi teras jenama BMW.

Warna Menawan dan Tawaran Eksklusif

Model baharu ini tersedia dalam tiga pilihan warna menawan: Carbon Black (hitam), M Brooklyn Grey (kelabu), dan Arctic Race Blue (biru).

Sempena Malaysia Autoshow 2025, pelanggan yang membuat tempahan dari 1 hingga 31 Mei 2025 layak menikmati lanjutan servis BMW Service Inclusive selama setahun secara percuma, bersama subsidi insurans Easy Drive bernilai RM5,000 untuk model terpilih seperti BMW 3 Series, 5 Series, 7 Series dan X Series.

Lawati Pavilion BMW di MAEPS

BMW Group Malaysia menjemput semua pengunjung merasai sendiri kehebatan model terkini di Hall A2, MAEPS Serdang, dari 9 hingga 15 Mei 2025, 10 pagi hingga 10 malam. Maklumat lanjut dan terma serta syarat tawaran, layari laman rasmi BMW Malaysia atau kunjungi pengedar sah berhampiran.

bmw-330li-m-sport-mas2025-4
bmw-330li-m-sport-mas2025-3
bmw-330li-m-sport-mas2025-2
bmw-330li-m-sport-mas2025-1
bmw-330li-m-sport-2025-2
bmw-330li-m-sport-2025-1
bmw-330li-m-sport-2025-3
bmw-330li-m-sport-2025-4
bmw-330li-m-sport-2025-5
bmw-330li-m-sport-2025-6
bmw-330li-m-sport-2025-7
bmw-330li-m-sport-2025-8
bmw-330li-m-sport-2025-9
bmw-330li-m-sport-2025-10
bmw-330li-m-sport-2025-11
bmw-330li-m-sport-2025-12
bmw-330li-m-sport-2025-13
bmw-330li-m-sport-2025-14
bmw-330li-m-sport-2025-15
bmw-330li-m-sport-2025-16
bmw-330li-m-sport-2025-17
bmw-330li-m-sport-2025-18
bmw-330li-m-sport-2025-19
bmw-330li-m-sport-2025-20
bmw-330li-m-sport-2025-21
bmw-330li-m-sport-2025-22
bmw-330li-m-sport-2025-23
bmw-330li-m-sport-2025-24
bmw-330li-m-sport-2025-25

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BMW 330Li M Sport 2025, BMW Malaysia, Roda4, Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev