• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Trump Pertimbang Pengecualian Sementara Tarif Kereta untuk Bantu Industri Automotif AS

Trump Pertimbang Pengecualian Sementara Tarif Kereta untuk Bantu Industri Automotif AS

April 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sedang menimbang  keputusan pengecualian sementara tarif terhadap industri automotif yang dikenakan sebelum ini.

Langkah itu bertujuan memberi masa kepada pengeluar automotif menyesuaikan semula rantaian bekalan, terutama yang kini bergantung kepada negara seperti Kanada dan Mexico.

Trump menjelaskan, pengeluar kereta memerlukan masa memindahkan kembali pengeluaran ke dalam negara.

Beliau berkata demikian ditemui wartawan di Rumah Putih sambil menegaskan pengeluar akan bina di AS , tetapi memerlukan sedikit masa.

Majlis Dasar Automotif Amerika (AAPC) yang mewakili Ford, General Motors dan Stellantis turut menyokong langkah tersebut sambil mendakwa tarif yang terlalu luas mampu menjejaskan matlamat peningkatan pengeluaran domestik.

Kenyataan terbaharu Trump mencerminkan satu lagi kemungkinan perubahan dalam dasar tarif beliau. Sebelum ini, beliau mengumumkan tarif 25 peratus terhadap produk kereta yang disifatkan sebagai kekal, tetapi tekanan pasaran kewangan dan ekonomi mendorong beliau menimbangkan pendekatan lebih fleksibel.

Malah, beliau sebelum ini turut mengecualikan buat sementara waktu tarif ke atas barangan elektronik, termasuk produk Apple. Ketidakstabilan dalam dasar tarif tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur dan ahli ekonomi.

Ketua Ekonomi di syarikat pengurusan pelaburan dari AS, Northern Trust, Carl Tannenbaum menyifatkan perubahan mendadak dasar Trump sebagai sangat berisiko dan mampu memberikan kesan negatif. Pasaran saham seperti S&P 500 sedikit meningkat, tetapi masih mencatatkan kejatuhan ketara sejak awal tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU) sedang berbincang dengan wakil perdagangan AS bagi mencari kesepakatan lebih adil, termasuk pengurangan halangan bukan tarif.

SUMBER: AP

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat, Auto Terkini, Donald Trump, Tarif Cukai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev