• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Buka Tempahan Awal SUV Elektrik Penuh Honda e:N1

Honda Malaysia Buka Tempahan Awal SUV Elektrik Penuh Honda e:N1

April 15, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

HONDA Malaysia mengumumkan pembukaan tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) bateri elektrik penuh (BEV), Honda e:N1 yang dijangka dilancarkan secara rasmi menjelang suku kedua tahun ini.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi Honda Malaysia. Sebenarnya, penampilan awal model Honda e:N1 di Malaysia dibuat Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

Honda e:N1 direka dengan falsafah berasaskan manusia (human-centric) yang dapat dilihat pada aspek rekaan, prestasi dan sifat praktikal yang menggabungkan elektrifikasi dengan dinamik keseronokan pemanduan tanpa mengabaikan signatur DNA Honda.

SUV e:N1 dibina menggunakan arkitektur F baharu e:N dengan platform pacuan roda hadapan untuk memastikan hantaran kuasa pecutan lancar dan kawalan jitu untuk semua jenis keadaan pemanduan.

Platform itu menggabungkan penggunaan motor elektrik prestasi tinggi, kapasiti bateri untuk tambahan jarak dan struktur badan tegar yang direka khas untuk model-model kenderaan elektrik (EV) Honda.

Dengan adanya pek bateri litium ion 68.8kWh, Honda e:N1 mampu menghasilkan kuasa maksimum 150kW dan tork 310Nm sekali gus membolehkan pemanduan dengan jarak sehingga 500km (kitara NEDC).

Honda e:N1 dilengkapi lampu utama jenis LED penuh, lampu belakang LED dan soket pengecasan yang disorok di bahagian hadapan untuk pengecasan pantas (DC) dan standard (AC). Rim digunakan berukuran 18 inci.

Lencana H pada SUV itu pula berwarna putih dan diintegrasi pada kenderaan tersebut, misalnya pada roda stereng, kunci kawalan jauh, penutup tempat pengecasan dan di bahagian rim.

Dimensinya panjang 4,380mm dan tinggi 1,592mm. Jarak roda pula 2,610mm.

Honda e:N1 juga didatangkan bersama pakej keselamatan termaju Honda SENSING, ada Blind Spot Information (BSI) dengan Cross Traffic Monitor (CTM).

CARA MEMBUAT TEMPAHAN

  • Log masuk laman Prebook Honda atau gunakan aplikasi HondaTouch.
  • Maklumat lanjut boleh didapati menerusi lapan pengedar sah Honda terpilih iaitu:
    • Accord Auto (Selangor)
    • HZN Cars (Selangor)
    • Peringgit Sri Motor (Kuala Lumpur)
    • Tiong Nam Motor (Selangor)
    • Ban Hoe Seng Auto (Perak)
    • Vivahill Auto (Pulau Pinang)
    • Ban Lee Heng Motor (Negeri Sembilan)
    • Kah Motor Co. (Johor)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, elektrik suv, Honda e:N1, Honda Malaysia, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev