• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Ganti 163 Dokumen Secara Percuma kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

JPJ Ganti 163 Dokumen Secara Percuma kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

April 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBANYAK 163 gantian dokumen berkaitan kenderaan direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mangsa terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli memaklumkan, kaunter bergerak JPJ Mobile dibuka di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masjid Putra Heights bagi memudahkan mangsa mendapatkan gantian dokumen penting berkaitan kenderaan.

JPJ menawarkan perkhidmatan percuma untuk menggantikan pelbagai dokumen kenderaan seperti Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM), serta Lesen Vokasional (GDL/PSV) kepada mangsa kebakaran.

Setakat ini, 114 permohonan gantian VOC, 28 gantian CDL, 17 gantian LKM, dan 4 gantian GDL sudah diproses.

Sementara itu, JPJ juga menerima 19 permohonan untuk pembaharuan CDL dan memberikan 58 khidmat nasihat mengenai insurans kenderaan kepada mangsa terlibat.

Kaunter Bergerak JPJ Mobile beroperasi dari 3 hingga 6 April lalu untuk memudahkan proses gantian dokumen tanpa perlu laporan polis.

Inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban mangsa yang kehilangan dokumen kenderaan akibat kebakaran dan mempercepat proses penggantian dokumen pengangkutan yang musnah atau hilang.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Mobile, Lesen Kenderaan Motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM), Lesen Vokasional (GDL/PSV), Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev