• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Denza Lancar Perkhidmatan Waranti Rentas Sempadan di Malaysia, Singapura dan Thailand

Denza Lancar Perkhidmatan Waranti Rentas Sempadan di Malaysia, Singapura dan Thailand

February 20, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM majlis pelancaran kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik mewah, Denza D9 2025, jenama itu juga mengumumkan pelancaran perkhidmatan selepas jualan waranti rentas sempadan buat pengguna di Malaysia, Singapura, dan Thailand.

Inisiatif itu disampaikan Pengurus Besar Bahagian Jualan Asia-Pasifik, Liu Xueliang yang bertujuan menyediakan sokongan menyeluruh dan memastikan pengalaman perjalanan lancar serta bebas kebimbangan kepada pengguna di ketiga-tiga negara.

Denza mengekalkan perkhidmatan selepas jualan yang seragam di seluruh negara terlibat dengan menawarkan sokongan profesional yang teliti dan berkualiti tinggi. Sekiranya berlaku masalah kenderaan, pasukan tempatan akan bertindak segera menyelesaikan isu dengan memastikan keselamatan dan prestasi kenderaan sentiasa berada pada tahap optimum.

Sistem canggih digunakan membolehkan keterhubungan data yang tepat, menyediakan sokongan data untuk perkhidmatan susulan, dan pengalaman lebih khusus.

Waranti rentas sempadan itu juga memastikan kos telus dan berpatutan tanpa caj tersembunyi. Pengguna Denza juga menikmati pelbagai perkhidmatan nilai tambah seperti bantuan tepi jalan dan perkhidmatan pelanggan berkualiti tinggi.

Denza menubuhkan pelbagai pusat perkhidmatan di Malaysia, Singapura, dan Thailand yang menyediakan sokongan kukuh untuk perjalanan domestik dan antarabangsa. Pelaksanaan perkhidmatan waranti rentas sempadan itu dijangka meningkatkan kepuasan pengguna dan mengukuhkan imej jenama Denza di pasaran Malaysia-Singapura-Thailand.

Pada masa depan, Denza akan terus mengutamakan keperluan pengguna, meningkatkan kualiti perkhidmatan, dan menawarkan pengalaman pemanduan unggul di rantau ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, DENZA, Malaysia, Perkhidmatan Waranti Rentas Sempadan, Singapura, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my