• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 3 Van EV Bergaya Dari Renault: Estafette, Goelette dan Trafic Untuk Perniagaan

3 Van EV Bergaya Dari Renault: Estafette, Goelette dan Trafic Untuk Perniagaan

February 10, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PADA masa kenderaan elektrik (EV) giat ditonjolkan, kenderaan komersial perlu seiring. Boleh diperhatikan, selain kereta penumpang, kenderaan komersial juga banyak di jalan raya.

Meskipun EV perlu direka dengan bentuk "potong angin", ketiga-tiga EV komersial Renault (serta jenama lain) kekal dengan sifat berkotak. Perlu wujud kompromi di antara aerodinamik dan kegunaan.

Di Eropah, sudah banyak EV komersial, dan perlu usaha lebih serius untuk dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Terbaru, Renault memperkenalkan tiga EV komersial sekaligus, iaitu Estafette, Goelette dan Trafic. Walaupun baharu, tiga model ini membawa semula nama lama, selain Trafic memasuki generasi keempat.

Ketiga-tiga model merupakan hasil kerjasama Renault dengan Flexis, syarikat usaha sama Renault Group, Volvo Group dan CMA CGM Group.

Reka bentuk ketiga-tiga model ini menarik dan tidak seperti kebiasaan sebuah van komersial.

Platform dan Reka Bentuk

  • Dibangunkan dari platform papan selaju (skateboard) baharu dan senibina kenderaan berasaskan perisian (Software Defined Vehicle - SDV).
  • Kompak, luas dan boleh disesuaikan untuk keperluan khusus.
  • Menawarkan fleksibiliti, ergonomik dan kesalinghubungan.
  • Kos operasi rendah, keselamatan tinggi dan prestasi cemerlang.

Trafic E-Tech Electric – Moden & Praktikal

  • Generasi keempat sejak 1980, lebih 2.5 juta unit telah dihasilkan.
  • Reka bentuk kontemporari: overhang (juntaian) depan pendek, jarak roda panjang.
  • Tinggi kurang dari 1.90 m, mudah masuk ke tempat letak kereta bawah tanah.
  • Jalur dan logo bercahaya di bahagian hadapan, serta DRL sisi.
  • Bahagian belakang dengan pintu asimetrik dan spoiler untuk aerodinamik.
  • Pendakap badan bawah hitam kasar untuk kegunaan harian yang intensif.

Goelette E-Tech Electric – Serbaguna

  • Diinspirasikan daripada Renault Goelette (1956-1966).
  • Ditawarkan dalam tiga versi: casis kabin, kotak dan lori jongket (tipper).
  • Fleksibel & boleh disesuaikan untuk pelbagai aplikasi perniagaan.
  • Bahagian belakang boleh dipasang dengan pelbagai jenis badan.

Estafette E-Tech Electric – Mesra Bandar

  • Versi moden Renault Estafette 1960-an, direka untuk logistik bandar.
  • Kompak: 5.27m panjang, 1.92m lebar, 2.60m tinggi (ruang dalam cukup untuk berdiri 1.90m).
  • Mudah dikendalikan di jalan sempit dan kawasan bandar padat.
  • Cermin depan panorama tiga bahagian untuk penglihatan dan keselamatan lebih baik.
  • Pintu sisi gelongsor dengan trek tersembunyi.
  • Pintu belakang jenis penutup gulung (roller shutter) untuk ruang kargo lebih optimum.
  • Pendakap badan hitam tahan lasak untuk penggunaan bandar yang intensif.

Pengeluaran dan Pelancaran

  • Dikeluarkan di Sandouville, Perancis.
  • Dijangka memasuki pasaran mulai 2026.

Renault tidak mengumumkan ciri-ciri teknikal seperti trenkuasa, bateri, dan jarak pemanduan dan akan berkongsi lanjut dalam bulan-bulan mendatang.

Trafic E-Tech Electric:

Goelette E-Tech Electric:

Estafette E-Tech Electric:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Renault, Renault Estafette, Renault Goelette, Renault Trafic

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
    #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
  • Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil
    Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my