• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Alza Punca Nahas Enam Kenderaan Bebas dengan Jaminan Polis

Pemandu Alza Punca Nahas Enam Kenderaan Bebas dengan Jaminan Polis

February 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMANDU kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan selepas merempuh lima kenderaan hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Jalan Hulu Langat-Ampang kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu berusia 27 tahun itu didapati negatif daripada penggunaan dadah.

Polis masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk mengenal pasti punca kejadian. Semakan rekod jenayah lampau mendapati pemandu tiada sebarang rekod jenayah.

Kemalangan yang berlaku jam 4.45 petang itu melibatkan enam kenderaan dan mangsa maut, Aysar Zahran Saiful Alim adalah seorang pelajar cemerlang berusia 20 tahun.

Ini ayah Allahyarham Aysar Zahran Saiful Alimin yang maut akibat nahas enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang semalam.

Beliau memberitahu media.... pemandu Alza yang langgar anak dia bawak cerita yang kononnya anak dia yang masuk lorong Alza.

Nasib baik ada rakaman jelas… pic.twitter.com/fH3vRhsL9f

— MYNEWSHUB (@mynewshub) February 3, 2025

Mangsa dilaporkan tercampak selepas Perodua Alza yang datang dari arah Ampang merempuh semua kenderaan tersebut. Aysar Zahran, penerima biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jalan Hulu Langat-Ampang, kemalangan jalan raya, Perodua Alza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev