• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda NC750X 2025 Versi Jepun dengan Fairing dan Lampu Baharu dalam Pilihan Manual, DCT

Honda NC750X 2025 Versi Jepun dengan Fairing dan Lampu Baharu dalam Pilihan Manual, DCT

January 10, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA membahagikan enjin 750cc dan transmisi dual-klac (DCT) kepada beberapa segmen dan antara model itu ialah Honda NC750X.

Motosikal ini melambangkan Honda yang praktikal dan ringkas serta bergaya. Keunikan NC750X terletak pada transmisi DCT yang secocok dengan konsep touring dibawa. Di depan penunggang atau pelana, tersorok kotak simpanan 23 liter yang boleh menyimpan helmet atau pelbagai barangan lain.

Menggunakan komponen depan sama sejak 2021, Honda memperkenalkan NC750X 2025 dengan rupa baharu di Eropah pada 2024 dan kini giliran pasaran Jepun pula.

Berikut perincian Honda NC750X 2025:

  • Visor angin, dan lampu terpisah dua ditukar baharu dengan gaya mirip X-ADV 750.
  • Fairing turut ditukar dan sisi labuh kini lebih singkat dengan paruh depan lebih pendek.
  • Visor angin dan sebahagian komponen luar menggunakan plastik DURABIO mesra alam.
  • Honda turut menggunakan komponen luar daripada bahan kitar semula seperti bampar yang diambil pengedar dan lebihan resin daripada proses pengeluaran dan acuan barangan kereta dan perkakasan rumah.
  • Satu lagi ditukar ialah set rim 17 inci dengan jejari lebih halus dan lebih ringan.
  • Seperti model baharu lain, Honda NC750X 2025 dilengkapi panel meter TFT 5 inci warna penuh baharu dengan konektiviti Honda RoadSync.
  • Tidak hanya kosmetik dan perkakasan, Honda turut menambah baik kawalan hidraulik DCT untuk respon terotel lebih natural dan anjakan gear lebih lancar.
  • Trenkuasa dijana enjin RH21E 4-lejang 2-silinder sebaris 745cc OHC dengan output kuasa 58ps (55hp) @ 6,750rpm dan tork 69Nm @ 4,750rpm.
  • Selain DCT, pelanggan Jepun juga ditawarkan gear manual 6-kelajuan dengan klac antigelincir Assist & Slipper (ASC).
  • Juga dilengkapi ciri kawalan tork Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan empat mod tunggang: Sport, Standard, Rain dan User.
  • Grip hendal dengan fungsi pemanas turut dijadikan ciri standard.
  • Sistem suspensi Showa SDBV (Showa Dual Bending Valve) di depan, dan monoshock boleh laras 7-tetapan.
  • Sistem brek terdiri daripada brek cakera kembar 296mm dengan kaliper Nissin (depan), dan brek cakera 240mm (belakang) serta turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Honda hanya menawarkan warna Matte Deep Mud Gray (kelabu) untuk model manual, tetapi lebih banyak pilihan warna untuk varian DCT seperti Fighting Red (merah), Eco Black R (hitam) dan Matte Deep Mud Gray (kelabu).

Honda NC750X DCT 2025 dijual pada harga 1,069,200 yen (RM30,435), manakala manual berharga 997,700 yen (RM28,400).

Honda NC750X Dual Clutch Transmission (Matte Deep Mud Gray) 2025 Jepun.02
Honda NC750X Dual Clutch Transmission (Matte Deep Mud Gray) 2025 Jepun.01
Honda NC750X Dual Clutch Transmission (Fighting Red) 2025 Jepun.02
Honda NC750X Dual Clutch Transmission (Fighting Red)
Honda NC750X Dual Clutch Transmission (Fighting Red)
Honda NC750X Dual Clutch Transmission (Eco Black R) 2025
Honda NC750X Dual Clutch Transmission (Eco Black R) 2025
Honda NC750X Dual Clutch Transmission (Eco Black R) 2025 Jepun.01
Honda NC750X (Matte Deep Mud Gray) 2025
Honda NC750X (Matte Deep Mud Gray) 2025
Honda NC750X (Matte Deep Mud Gray) 2025 Jepun.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Japan, Honda Motor Japan, Honda NC750X, Honda NC750X 2025, roda2, touring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen
    #PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev