• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton e.MAS 7 Raih Lebih 2,500 Tempahan!

Proton e.MAS 7 Raih Lebih 2,500 Tempahan!

December 26, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


ANAK syarikat kepada pengeluar automotif nasional (Proton), PRO-NET dengan bangganya mengumumkan bahawa kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 telah menerima lebih daripada 2,500 tempahan.

Kejayaan ini menggambarkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap mobiliti lestari serta menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap model ini.

Proton e.MAS 7 ini hadir dengan dua varian iaitu Prime dan Premium, yang dilengkapi bateri berkapasiti 49.52 kWh dan 60.22kWh. Dengan jarak WLTP sehingga 410km, EV ini menyokong pengecasan AC 11kW dan pengecasan DC sehingga 100kW.

Harga Proton e.MAS 7 adalah RM109,800 untuk varian Prime dan RM123,800 untuk varian Premium. Sebagai tawaran istimewa pelancaran untuk 3,000 pelanggan pertama, rebat RM4,000 diberikan, menjadikan harga varian Prime RM105,800 dan Premium RM119,800.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata;

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 7 mencerminkan kesediaan
mereka untuk menerima mobiliti lestari. Dengan gabungan ciri inovatif dan nilai yang luar biasa, Proton e.MAS 7
direka untuk menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin beralih ke kenderaan elektrik. EV ini merupakan satu
langkah besar ke hadapan, bukan sahaja untuk PROTON tetapi juga untuk masa depan automotif hijau di
Malaysia.”

Bagi meraikan pencapaian ini, Proton menawarkan Pakej Kuasa Pelancaran eksklusif kepada 3,000 pelanggan pertama, dengan manfaar tambahan bernilai hingga RM8,000 untuk meningkatkan pengalaman pemilikan EV:

  • Power Home: Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM 1,500
  • Power Plus: V2L Adaptor Percuma bernilai RM 500
  • Power Online: 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM 1,800
  • Power Thru: Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun • Jaminan Bateri dan Komponen
    Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km
  • Power Financing: Kadar Faedah 1.98% dari Proton Commerce sehingga RM3,000
  • Power Exchange: Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 1,200

Tempahan untuk Proton e.MAS 7 kini dibuka di 30 bilik pameran Proton e.MAS di seluruh Malaysia atau boleh dibuat melalui laman web Proton e.MAS. Aplikasi Proton e.MAS juga boleh dmuat turun melalui gedung aplikasi, memudahkan pengalaman pemilikan yang lebih lancar. Tempah Proton e.MAS 7 anda sekarang dan jadi sebahagian daripada revolusi EV.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2016 Proton Perdana, Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Proton e.MAS 7, Proton New Energy Technology (Pro-Net)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev