• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Impak Sekatan, Rusia Labur Lebih RM4b Bangunkan Platform Kenderaan Nasional Sendiri

Impak Sekatan, Rusia Labur Lebih RM4b Bangunkan Platform Kenderaan Nasional Sendiri

December 23, 2024 By Shawkath Leave a Comment

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RUSIA mungkin tidak menjangka impak kesan sekatan yang dikenakan selepas melakukan pencerobohan ketenteraan ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Sekatan dikenakan terhadap Rusia itu mendorong banyak firma antarabangsa yang beroperasi di situ menghentikan operasi dan berpindah keluar.

Ini turut melibatkan pengeluar automotif dari Barat, sekali gus menyebabkan jualan kenderaan di Rusia merudum. Namun Rusia kini ada strategi menyelesaikan masalahan tersebut.

Beberapa laporan menyatakan Kerajaan Rusia bercadang melabur hingga AS$900 juta (RM4.04 bilion) untuk membangunkan platform kenderaan nasional dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Khabarnya, platform itu bersifat fleksibel dan boleh digunakan untuk keperluan pelbagai kenderaan dengan keutamaan diberikan kepada model hibrid dan elektrik (EV).

Difahamkan sebahagian besar dana pembangunan platform itu datang daripada Parlimen Rusia, manakala projek diketuai Institut Enjin Automotif dan Pusat Penyelidikan Saintifik Kenderaan (NAMI).

Nama institut mungkin dikenali kerana NAMI ialah pemilik jenama kenderaan premium Rusia, iaitu Aurus Motors yang dikenali sebagai pembuat limosin mewah untuk Presiden Vladimir Putin.

Pengarah Jabatan Pembangunan Strategik dan Dasar Korporat di Kementerian Perdagangan dan Industri, Alexey Matushansky berkata;

Dengan merekabentuk platform modular sebegitu, kami sedang menyediakan asas pembangunan pengeluaran automotif sendiri. Ini akan digunakan untuk pemasangan pelbagai kelas kereta daripada Golf (kompak) kepada kelas bisnes.

"NAMI akan mengetuai pelaksanaan projek ini pada ketika peranan utama menentukan keperluan komponen untuk platform berkenaan. Malah platform baharu itu juga akan digunakan dalam siri pembuatan model kenderaan hibrid dan elektrik pada masa akan datang."

Syarikat tenaga nuklear milik Rusia, Rosatom akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan platform itu.

Portal Wards Auto melaporkan syarikat tersebut sudah memulakan kerja pembinaan dua kilang berskala giga untuk pengeluaran sel bateri EV.

Firma sama juga dipercayai sedang menyiapkan kerja integrasi trenkuasa elektrik untuk kenderaan dan akan menggunakan material binaan komposit untuk pengurangan berat kereta.

Pengeluaran kenderaan di Rusia susut mendadak sejak pencerobohan ke atas Ukraine. Pada 2021, kira-kira 1.34 juta unit kenderaan dihasilkan di Rusia, tetapi merosot kepada 448,246 unit pada 2022.

Ketika banyak jenama automotif terkemuka dunia meninggalkan Rusia, banyak juga pengeluar dari China tiba dan menggunakan kilang ditinggalkan pembuat kenderaan Barat untuk pengeluaran kenderaan.

SUMBER: CarScoops

Related

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alexey Matushansky, autoterkini, Institut Enjin Automotif dan Pusat Penyelidikan Saintifik Kenderaan (NAMI), Roda4, Rusia, ukraine

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023
    JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev