MERCEDES-BENZ Malaysia Sdn Bhd bersama pengedar rasminya, Hap Seng membuka Pusat Sehenti Bersepadu yang pertama, Hap Seng Kuching Autohaus di Sarawak.
Menerusi pembukaan Hap Seng Kuching Autohaus, ia membuktikan MBM komited menawarkan kenderaan, kualiti servis dan perkhidmatan selepas jualan lebih baik kepada pelanggannya di Kuching, Sarawak.
BACA >>> Mercedes-Benz Kekal Jenama Premium Paling Laku Di Malaysia
Dengan menelan kos pelaburan sebanyak RM53 juta, Hap Seng Kuching Autohaus dibangunkan atas tapak berkeluasan 18,383 kaki persegi yang dilengkapi ciri Identiti Korporat (CI) Mercedes-Benz Presentation System II.
Ia mampu mempamerkan sehingga sembilan unit kenderaan pada satu masa sama. Manakala bahagian servis memiliki 16 ruang termasuk semburan cat dan mampu menyenggara sehingga 510 unit kenderaan sebulan.
Hap Seng Kuching Autohaus juga memiliki kemudahan penuh untuk menyelenggara kenderaan komersial Mercedes-Benz dan FUSO.
BACA >>> Mercedes-Benz Perkenal 3 GLA Baharu - GLA 200 Urban, GLA 250 4MATIC AMG dan AMG GLA 45 4MATIC
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner berkata, Sarawak ialah pasaran penting untuk kenderaan komersial Mercedes-Benz dan menjadi pasaran keempat terbesar selepas Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.
“ Kami mahu terus mengembangkan perkhidmatan luar biasa kepada pelanggan dan kekal menjadi peneraju segmen automotif premium di Malaysia.
“ Sehingga kini, Hap Seng sudah beroperasi di 11 lokasi seperti Bukit Tinggi, Balakong, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh, Kinrara, Klang, Ipoh dan Kuantan di Semenanjung Malaysia.
“ Manakala di Malaysia Timur pula, Hap Seng beroperasi di Kuching, Miri (Sarawak) dan Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.
Leave a Reply