• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Perodua Tayang EV Konsep Baharu EMO-II, Bakal Pamer di KLIMS 2024

Perodua Tayang EV Konsep Baharu EMO-II, Bakal Pamer di KLIMS 2024

December 2, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERODUA bakal mempamerkan kenderaan elektrik (EV) konsep, Perodua EMO-II di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), bermula 5 hingga 11 Disember ini.

Perkara ini diumumkan dalam Facebook rasmi Perodua dengan memaparkan klip video acah 30 saat rekabentuk baharu EV konsep tersebut.

Sekali pandang, rekabentuk baharu itu mempunyai persamaan dari segi rekabentuk sporty dengan model konsep Perodua EM-O yang pernah dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, tetapi mengalami sedikit perubahan kemasan sisi, lampu utama, dan lampu belakang.

Bagaimanapun, rekabentuk baharu ini jauh lebih baik kerana mempunyai identiti tersendiri berbanding EMO-I konsep yang jelas nampak seperti Perodua Myvi ketika ditayangkan di Malaysia Autoshow 2024, Mei lalu.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada rekabentuk baharu ini adalah rekabentuk akhir untuk EV pertama Perodua yang bakal dilancarkan tahun depan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, MITEC, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS), Perodua EMO-II, Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my