TULAR satu video seorang penumpang mengalami situasi cemas apabila pesawat dinaiki tidak dapat mendapat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu dan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Insiden berlaku berikutan cuaca buruk yang melanda Pantai Timur dengan hujan lebat dan angin kencang yang menyukarkan pendaratan.
@afnan_mz Flight terpaksa patah balik ke KLIA sbb x leh nk landing di Airport KB… Cuaca x mengizinkan . 1st time kena dlm hidup. Alhamdulillah umur masih panjang. InsyaAllah pasti ada hikmahnya 😊 . Dh smpai KB tp hnya on-ground je 🥺 mengucap panjang jugak laa 😰 . Hati2 sahabat hk duk klate… Jaga diri molek2 . #banjir #kelantan #banjirkelantan #banjir2024 #fyp #berandatiktok ♬ wali band ya Allah - Muhamad albie away
Pengguna dan pemilik akaun TikTok @afnan_mz berkata, pesawat berkenaan sudahpun tiba di LTSIP, tetapi hanya sempat ‘on-ground’ sahaja sebelum mengambil keputusan berpatah balik ke KLIA.
Kali pertama dalam hidup, Alhamdulillah umur masih panjang. Mengucap panjang jugalah." - Afnan
Sementara itu, di ruangan komen video, terdapat seorang lagi penumpang yang mendakwa dia turut berada dalam pesawat berkenaan yang baru saja berlepas semula ke LTSIP jam 6.45 pagi tadi.
SUMBER: Kosmo
Leave a Reply