• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Kenderaan di Malaysia Meningkat 20 Peratus Sepanjang Oktober 2024

Jualan Kenderaan di Malaysia Meningkat 20 Peratus Sepanjang Oktober 2024

November 15, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERSATUAN Automotif Malaysia (MAA) menyatakan jumlah jualan kenderaan di Malaysia meningkat 20 peratus bersamaan 11,827 unit pada Oktober lalu, sekali gus mencatatkan jumlah 69,859 unit lebih tinggi berbanding September 2024 (58,032 unit).

Namun, secara asas tahun ke tahun, jumlah jualan kenderaan merosot lapan peratus berbanding 76,173 unit yang dicatatkan pada bulan sama tahun lalu.

Berikut perbandingan jumlah kenderaan tahun ke tahun mengikut kategori berbeza:

  • Kenderaan Penumpang: 64,322 unit (Oktober 2024) turun 8 peratus berbanding 68,721 unit (Oktober 2023)
  • Kenderaan Komersial: 5,537 unit (Oktober 2024) turun 26 peratus berbanding 7,452 unit (Oktober 2023)

MAA berkata;

Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk Oktober 2024 adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding September 2024 (58,032 unit)."

"Ia berikutan kempen promosi akhir tahun oleh syarikat kereta dan bulan bekerja yang panjang."

TIV bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024 pula mencatatkan peningkatan 2.4 peratus daripada 648,130 unit pada Oktober 2023 kepada 664,002 unit pada bulan sama 2024.

Berikut perbandingan TIV (10 bulan) tahun ke tahun mengikut kategori berbeza:

  • Kenderaan Penumpang: 608,225 unit (2024) naik 5% berbanding 581,672 unit (2023)
  • Kenderaan Komersial: 55,777 unit (2024) turun 16% berbanding 66,458 unit (2023)

MAA turut menjangka moementum jualan akan meningkat lebih tinggi bulan ini.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualan Kenderaan Malaysia Oktober 2024, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV), Kenderaan Komersial, Kenderaan Penumpang, Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev