KENDERAAN elektrik (EV) bakal dijadikan sebagai kenderaan rasmi pemimpin-pemimpin ASEAN semasa mereka menghadiri acara-acara kenegaraan pada ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, untuk tujuan itu, Kerajaan akan berusaha mendapatkan sebanyak mungkin EV.
Beliau berkata:
Agak menarik apabila Kabinet memutuskan sedemikian baru-baru ini, (selama ini) ke mana sahaja kita pergi, ketua-ketua negara akan diberikan sebuah kereta Mercedes yang besar.
"... kita berpandangan bahawa jika kita serius tentang kelestarian dan peralihan tenaga, kita perlu tonjolkan bahawa di Malaysia, kenderaan yang diberikan kepada ketua-ketua negara, para menteri dan pegawai berkenaan hanyalah EV."
SUMBER: Bernama
Leave a Reply