• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung Tidak Lulus JPJ

Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung Tidak Lulus JPJ

May 31, 2017 By Abang GYL 2 Comments

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah memberi kelulusan ke atas motosikal elektrik 3-roda berbumbung seperti mana yang pernah tular sebelum ini di media sosial. Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, Datuk Ir Mohamad Dalib berkata, sehingga kini JPJ tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana syarikat mahupun pengguna terhadap motosikal elektrik 3-roda berbumbung ini.

"Setiap permohonan kenderaan baharu sebelum proses pendaftaran perlu menjalani proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) menerusi Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ mengikut peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Pihak syarikat perlu membuat pembentangan atau sesi penerangan kepada pegawai terlibat dalam pemeriksaan VTA berhubung spesifikasi teknikal kenderaan sebelum pemeriksaan fizikal dijalankan.

"Antara intipati yang harus dititikberatkan dalam pembentangan itu termasuklah spesifikasi enjin kenderaan, ciri-ciri keselamatan istimewa dan langkah-langkah keselamatan bagi tujuan pemeriksaan kenderaan.

"Jadi, buat masa ini JPJ masih belum menerima sebarang permohonan dan memberi kelulusan bagi motosikal elektrik 3-roda berbumbung," katanya lagi.

BACA >>> Tukar Enjin Wajib Mohon JPJ - Apakah Akibat Jika Tidak Daftar?

Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung
Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung

Sebelum ini viral di laman sosial yang menyatakan motosikal elektrik 3-roda berbumbung bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Malah, ada yang sudah membuka tempahan bagi motosikal 3-roda itu.

Sekiranya ada yang tetap mahu membeli motosikal elektrik 3-roda berbumbung itu, anda perlu diingatkan kenderaan tersebut tiada perlindungan insurans.

Jadi nasihat kami, usahlah mengambil risiko untuk membeli kenderaan yang tiada perlindungan.

BACA >>> Jangan Terbeli Kereta Sambung Bayar, Buruk Padahnya – JPJ

GALERI

Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung
Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung
Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bahagian Kejuruteraan Automotif, Datuk Ir. Mohamad Dalib, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung, VTA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev