SETIAP malam minggu, ada saja cerita mengenai tangkapan aktiviti samseng jalanan dan kumpulan anak muda merempit di sana sini.
Operasi samseng jalanan di Kuantan, Pahang semalam menarik perhatian penulis yang bukan disebabkan jumlah tangkapan atau saman dikeluarkan, tetapi apa lebih kepada luahan dalam Facebook Polis Trafik Kuantan.
Lokasi panas Jalan Kuantan/Bypass (Bukit Rangin) dijadikan litar berlumba oleh anak muda. Ibu bapa atau penjaga tidur di rumah.
"Saban minggu operasi dijalankan, pelbagai pukat ditebarkan. Namun langsung tiada kesedaran. Masih lagi berada di mentality seperti tidak bertamadun. Minat tak salah, biarlah kena dengan caranya.
"Sampai bila nak masuk dalam lumpur bila dikejar pihak berkuasa. Pok Teh yang “bua”macam tu pun pandai cari duit. Pertikai sana sini view naik. Dapat duit. Isu Restore Nos je pun . Orang pulak duk layan ke Pok Teh. Ni berlumba sana sini, aksi sana sini penghujungnya terjun dalam lumpur."
Polis Trafik Kuantan mendakwa operasi kiran-kira jam 12.30 tengah malam di lokasi tersebut membawa kepada pemeriksaan kira-kira 100 motosikal dengan 104 saman dikeluarkan.
Lebih memalukan, rata-rata penunggang didapati tiada Lesen B2 yang mana saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen dan ubah suai motosikal, termasuk ekzos bising. Malah 24 motosikal disita bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Leave a Reply