PENGUNJUNG Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2024 berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa Honda Civic FK8R Type R Mugen belum didaftar yang siap ditala pada hari terakhir acara tersebut.
Hadiah tersebut adalah hasil kerjasama antara Element X Strategies yang juga Pemegang Lesen Rasmi Tunggal TASKL dan The House of Type R.
Berikut spesifikasi Honda Civic FK8R Type R Mugen:
- Dikuasakan enjin VTEC Turbo 2.0L dengan output kuasa 318hp dan tork 400Nm.
- Menggunakan transmisi manual 6-kelajuan.
- Dilengkapi kit badan Mugen.
- Tombol gear Mugen.
- Lampu belakang Mugen.
- Rim sport TE37 Rays 20 inci.
- Sistem ekzos aftermarket.
Bagi melayakkan diri menyertai cabutan bertuah ini, anda perlu membeli mana-mana tiket dengan bayaran tambahan RM28 sahaja.
Pemenang akan diumumkan atas pentas pada 10 November 2024, jam 8 malam. Sebaik saja nama pemenang dipanggil, pemegang tiket perlu segera naik ke pentas. Jika tidak hadir pada masa tersebut, pemegang tiket akan dihubungi tiga kali melalui panggilan telefon.
Bagaimanapun, penganjur juga berhak meneruskan cabutan lain untuk hadiah tersebut. Jika panggilan dijawab atau pemenang naik ke pentas, dia perlu menjawab tiga soalan mudah dengan betul.
Sementara itu, YRN Customs juga akan mengumumkan pemenang bertuah untuk sedan 4-pintu, BMW E36 325i yang juga sudah siap diubah suai. Peraduan ini terbuka kepada semua pengunjung yang berbelanja minimum RM15 dan pemenang juga akan diumumkan pada 10 November di TASKL2024.
Leave a Reply