• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Unit Kawalan Stereng, BYD Panggil Balik Hampir 100k Unit Dolphin, Atto 3

Masalah Unit Kawalan Stereng, BYD Panggil Balik Hampir 100k Unit Dolphin, Atto 3

October 2, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan elektrik (EV) gergasi di China, BYD memanggil balik 96,714 unit untuk dua model paling laris terjual akibat masalah unit kawalan stereng yang boleh menyebabkan risiko kebakaran.

Pentadbiran Negeri untuk Peraturan Pasaran (SAMR) berkata, dua model itu ialah 87,762 unit BYD Dolphin dan 8,952 unit BYD Atto 3 (Yuan Plus) yang dihasilkan di China antara November 2022 hingga Disember 2023. Secara keseluruhannya, kedua-dua model ini telah menyumbang sebanyak 26 peratus daripada tiga juta kenderaan yang dijual pada 2023.

Dalam tempoh penghasilan kenderaan itu, terdapat sebilangan unit tidak melalui proses pembuatan betul ketika dipadankan dengan unit pengawal pemasangan kolum stereng elektrik (CEPS).

Jika penutup komponen ditutup boleh menjejaskan kapasitor pada papan elektronik pengawal tersebut hingga menyebabkan keretakan kecil pada bahagian dalaman kapasitor.

Malah, keretakan ini juga boleh menjadi punca berlaku litar pintas dan kebakaran pada kenderaan.

Dalam usaha menangani masalah ini, semua pengedar BYD di China akan memasang pelapik penebat di bahagian pengawal tersebut secara percuma kepada pemilik kenderaan terlibat.

Bagaimanapun, BYD tidak menjelaskan secara terperinci mengenai model EV iieksport yang mungkin turut terjejas.

SUMBER: CarNewsChina

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BYD, BYD Atto 3, BYD Dolphin, Kenderaan Elektrik (EV), Pentadbiran Negeri untuk Peraturan Pasaran (SAMR), unit pengawal pemasangan kolum stereng elektrik (CEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev