• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BAC Mono Jadi Kereta Peronda Polis Isle of Man

BAC Mono Jadi Kereta Peronda Polis Isle of Man

May 28, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

475
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA sebab kenapa pasukan polis serata dunia menggunakan kereta-kereta hebat adalah kerana mahu membuatkan pesalah atau penjenayah rasa gerun dengan mereka. Bayangkan si pesalah dikejar polis yang memandu Lamborghini Huracan atau Mitsubishi Evolution 10?

Apakah mahu terus memecut atau berhenti saja di tepi jalan sambil buat-buat tidak tahu kerana dia sebenarnya baru saja sedap menekan punat telefon pintar untuk menjawab mesej WhatsApp?

Kereta buatan Briggs Automotive Company (BAC) ini ialah model terbaru yang menyertai koleksi kereta polis hebat dunia. Lebih menarik, model ini digunakan Kerajaan Isle of Man yang terkenal sebagai lokasi popular perlumbaan jalanan.

BACA >>> BAC Mono - Kereta Formula dari Liverpool ke California

KERETA POLIS SATU TEMPAT DUDUK

kereta-polis-bac-mono-isle-of-man-i
kereta-polis-bac-mono-isle-of-man-ii

BAC Mono adalah satu-satunya kereta satu tempat duduk yang sah digunakan atas jalan raya. Kini, model itu digunakan pasukan polis Isle of Man. Kenderaan itu bukan saja digunakan sebagai kereta peronda rasmi, tetapi juga akan dipamerkan pada acara tempatan dalam usaha menggalakkan pemanduan selamat dan bertanggungjawab.

Isle of Man ialah lokasi yang tidak asing bagi BAC Mono sejak dilancarkan pada 2011, di mana BAC banyak menggunakan jalan raya sekitar pulau tersebut untuk menambah baik supercar berkenaan. Malah, BAC baru-baru ini menganjurkan Mono Experience Weekend di Isle of Man yang membabitkan 12 model Mono. Menariknya, pihak berkuasa Isle of Man turut bekerjasama dengan menutup beberapa laluan bagi membolehkan pemandu Mono menguji kereta mereka.

Isle of Man sebenarnya sudah menjadi lokasi pelancongan menarik bagi kalangan mereka yang mahu meronda dan bersiar-siar mengelilingi pulau tersebut, dan memandu BAC Mono nyata bersesuaian dengan status tarikan utama pulau itu.

Kami ada hubungan istimewa dengan pulau ini, dan kami sangat gembira dapat membawa Mono kepada pasukan polis. Kerajaan Isle of Man begitu menyokong BAC dan impian kami, dan kami rasa dihormati kerana dapat membantu dalam menjadikan jalan raya pulau ini lebih selamat.

Ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia buat BAC dan Isle of Man, dan kami begitu berbangga dengannya."

- NEILL BRIGGS, Pengasas bersama dan Pengarah Pembangunan Produk BAC

GALERI

Kereta polis BAC Mono 2017.01
Kereta polis BAC Mono 2017.06
Kereta polis BAC Mono 2017.03
Kereta polis BAC Mono 2017.02
Kereta polis BAC Mono 2017.04
Kereta polis BAC Mono 2017.07
Kereta polis BAC Mono 2017.05

 

Related

475
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BAC, BAC Mono, Isle of Man

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev