SHELL Lubricants Malaysia dengan kerjasama Waze buat pertama kalinya di Asia Tenggara memperkenalkan mesej amaran bagi kawasan yang kerap berlaku kemalangan.
Kerjasama di antara kedua-dua jenama global ini adalah untuk memastikan jalan raya selamat digunakan untuk para pemandu sepanjang musim Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini.
Bermula 16 Mei hingga 15 Julai 2017, peringatan khas daripada Shell Helix akan muncul di Waze untuk mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati apabila menghampiri mana-mana 50 kawasan kerap kemalangan di Semenanjung Malaysia.
Lokasi-lokasi tersebut sudah dikenal pasti berdasarkan data sejarah kemalangan yang dihantar oleh pengguna Waze.
Amaran hanya akan dipaparkan sebaik saja kereta berhenti bagi mengelakkan gangguan pandangan terhadap si pemandu.
Untuk maklumat lanjut mengenai barisan minyak motor Shell Helix dan promosi musim perayaan akan datang, sila layari www.shell.com.my/helixraya.
Leave a Reply