• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Group Uji Sistem Unik, Tuai Tenaga Tanpa Bilah Seperti Kincir Angin!

BMW Group Uji Sistem Unik, Tuai Tenaga Tanpa Bilah Seperti Kincir Angin!

September 10, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

KITA sudah dibiasakan dengan kincir angin untuk menghasilkan tenaga elektrik. Namun pernahkah anda melihat alat penuaian tenaga angin tanpa bilah seperti kincir angin?

Aeromine Technologies memiliki teknologi tersebut dan dipasang di atas bumbung kilang pengeluaran MINI di Oxford, United Kingdom (UK). Perkakasan itu begitu unik sehingga penulis berkali-kali membelek gambar yang diberi.

Sistem itu menuai kuasa angin bagi menghasilkan tenaga bersih tanpa menggunakan perkakasan bergerak yang boleh dilihat seperti kincir angin.

Pemasangan di kilang Kumpulan BMW berfungsi sebagai tempat ujian teknologi bagi menilai potensi untuk meningkatkan kecekapan tenaga di kemudahan kumpulan di serata dunia serta bangunan komersial di UK.

Projek tenaga ini sebahagian daripada BMW Startup Garage, sebuah unit perniagaan khusus bagi memberi sokongan kepada syarikat pemula (start-up) peringkat awal yang mengusahakan teknologi termaju.

Unit itu menumpukan pada pengujian produk dan melantik syarikat pemula sebagai pembekal berbanding menjadi pelabur melalui model teroka. BMW Startup Garage mengambil peranan sebagai pelanggan atau "pelanggan teroka".

Unit tenaga angin yang direka Aeromine Technologies dipasang pada bucu bangunan dan menghadap arah angin bagi memerangkapnya.

Ciri-ciri unit tenaga angin Aeromine Technologies dan di kilang MINI Oxford:

  • Terdiri daripada kerajang udara (airfoil) menegak seperti sayap yang menghasilkan kesan sedutan (vacuum effect) dengan menarik atau menyedut angin.
  • Terdapat bilah yang berputar pada bahagian bawah atau terlindung dan bukan seperti kincir angin.
  • Rekaan tanpa bilah Aeromine meminimumkan bunyi dan getaran.
  • Dibina dari bahan berketahanan tinggi dan boleh kitar semula.
  • Direka bagi melengkapi panel solar sedia ada di kilang MINI Oxford yang telah dipasang selama 10 tahun dan pernah menjadi ladang solar atas bumbung paling besar di UK melalui 11,000 panel dan seluas lima padang bola sepak.
  • Panel solar menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk menguasakan atau bersamaan 850 kediaman setiap tahun.
  • Di sebalik keupayaan tersebut, panel solar kurang berkesan semasa musim sejuk dan pada waktu malam apabila keadaan angin selalunya paling kuat.
  • Keadaan itu memberi peluang kepada unit tenaga Aeromine untuk memainkan peranan dengan memerangkap angin yang tersedia.

Secara ringkas, unit tenaga Aeromine menggunakan konsep sama seperti kincir angin namun direka semula dengan kaedah yang inovatif sebagai contoh lokasi pemasangan pada bucu bangunan bagi memanfaatkan gerakan angin.

Selain itu, unit tenaga Aeromine tidak sebesar kincir angin dan seperti yang dinyatakan dapat memanfaatkan tenaga semasa musim dan cuaca tertentu.  Satu lagi ciri penting ialah, bilah yang tersorok juga bermakna burung yang terbang dan laju tidak akan dilibas oleh kipas.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aeromine, BMW, BMW Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev