• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / HORSE Bekerjasama Dengan Marcopolo Untuk Bas Hibrid, Enjin 1.0 Turbo Sebagai Range Extender

HORSE Bekerjasama Dengan Marcopolo Untuk Bas Hibrid, Enjin 1.0 Turbo Sebagai Range Extender

September 7, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

KEPADA yang belum mengetahui, Renault Group dan Geely telah bekerjasama dan menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama HORSE Powertrain Limited pada 31 Mei 2024.

Renault Group dan Geely masing-masing memegang 45 peratus saham dan baki oleh Aramco. Syarikat menumpukan pada penyelesaian hibrid dan rangkaian kuasa pembakaran dalaman.

Ibu pejabat HORSE Powertrain Limited terletak di London dan memiliki 19,000 pekerja di serata dunia dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Syarikat mempunyai subsidiari iaitu HORSE yang diwujudkan untuk menyediakan enjin bercekapan tinggi dan emisi rendah, transmisi dan teknologi dalam memenuhi pelbagai keperluan janaan kuasa di serata dunia.

HORSE mengoperasikan lapan kilang pengeluaran di tujuh buah negara, tiga pusat R&D dengan ibu pejabat di Madrid, Sepanyol.

Terbaru HORSE mengumumkan kerjasama dengan pengeluar bas terbesar di Amerika Selatan, Marcopolo dan pembuat perkakasan elektronik multinasional dari Brazil, WEG bagi membangunkan bas mikro hibrid Volare Attack 9.

Volare Attack 9 merupakan bas hibrid etanol pertama yang menggunakan penyelesaian Range Extender dari HORSE dan WEG.

Disasarkan untuk mula dijual pada 2026, Volare Attack 9 akan menawarkan jarak pemanduan sehingga 450 kilometer (km).

Sama seperti kenderaan baharu lain di Brazil, enjin pembakaran dalaman (ICE) Volare Attack 9 menggunakan bioetanol yang lestari dan dihasilkan di dalam negara.

Range extender atau penambah jarak terdiri daripada ICE dan perkakasan elektrik. ICE tidak menggerakkan roda tetapi berfungsi sebagai generator.

Sebagai bas mini hibrid etanol pertama yang menggunakan penyelesaian Range Extender, Volare Attack 9 dilengkapi rangkaian kuasa emisi rendah yang disesuaikan khas untuknya.

Kejayaan projek ini telah mendorong HORSE dan WEG merancang bagi melancarkan arkitektur Range Extender yang standard untuk kenderaan komersial ringan dan berat.

Range Extender HORSE menggunakan perkakasan WEG untuk motor elektrik, inverter dan pek bateri. Enjin yang ditugaskan sebagai generator pula model HR10 1.0 liter turbo tiga silinder dengan kuasa 116 ps.

Enjin itu disesuaikan untuk menggunakan bioetanol karbon neutral dan bersih. Sama seperti kenderaan hibrid plug-in (PHEV), enjin Range Extender boleh dihidupkan atau nyahaktif bergantung kepada baki tenaga bateri dan lokasi.

Turut sama seperti PHEV, bateri boleh dicas di mana-mana lokasi pengecas awam atau bekalan kuasa domestik.

HORSE Range Extender - WEG.03
HORSE Range Extender - WEG.02
HORSE Range Extender - WEG.01
Volare Attack 9 2024.02
Volare Attack 9 2024.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: HORSE, HORSE Powertrain Limited, Marcopolo, range extender, Volare Attack 9, WEG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev