• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kos Model Elektrik Pertama Ferrari Cecah RM2.5j, Bakal Lancar Pada Akhir 2025

Kos Model Elektrik Pertama Ferrari Cecah RM2.5j, Bakal Lancar Pada Akhir 2025

June 24, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JENAMA pengeluar kereta mewah terbesar di Itali, Ferrari, menyatakan bahawa kos pengeluaran model kenderaan elektrik (EV) pertama jenama itu adalah sebanyak 500,000 euros (RM2,519,485) dan dijangka akan dilancarkan pada akhir 2025.

Harga model EV tersebut tidak termasuk ciri tambahan dan sentuhan peribadi, namun ia boleh ditambah dengan harga sekitar 350,000 euros (RM1,763,639) bersamaan 15 hingga 20 peratus melebihi nilai purata harga jualan.

Proses pemasangan model EV Ferrari juga bakal dijalankan di kilang baharu yang terletak di Maranello, Itali, termasuk model-model lain seperti kenderaan petrol dan hibrid.

Pembinaan kilang baharu ini dijangka bakal membantu meningkatkan pengeluaran kenderaan daripada 14,000 unit pada tahun lepas kepada 20,000 unit pada 2024.

Sementara itu, model EV kedua Ferrari pula akan menyusul pada tahun berikutnya selepas berjaya melancarkan model EV pertama.

Menurut penganalisis Meiobanca, Andrea Balloni berkata, pelancaran model EV itu dijangkakan mempunyai nilai harga tinggi yang membantu mengekalkan margin sekaligus mengimbangi pembangunan teknologi elektrik.

"Saya menjangkakan EV baharu itu akan menjadi model khusus, menyumbang lebih daripada 10% daripada jualan tahunan."

SUMBER: Reuters

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ferrari, Kenderaan Elektrik (EV), model elektrik pertama Ferrari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev