CHERY Auto Malaysia (Chery Malaysia) secara rasmi melancarkan Chery Tiggo 7 Pro 2024, iaitu model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu selepas Omoda 5, E5 dan Tiggo 8 Pro untuk pasaran tempatan.
Chery Tiggo 7 Pro 2024 ialah model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Inokom di Kulim, Kedah, dan ditawarkan dalam satu varian sahaja untuk pengguna Malaysia pada harga RM123,800.
Menariknya, 2,000 pembeli pertama dapat memiliki SUV segmen-C ini pada harga istimewa RM119,800 sahaja. Berikut perincian Chery Tiggo 7 Pro 2024:
WARNA
- Ada empat pilihan warna: Bloodstone Red with Black Roof (merah-hitam), Khaki White with Black Roof (putih-hitam), Carbon Black (hitam) dan Vanilla Blue (biru lembut).
TRENKUASA
- Enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.6L turbo suntikan terus (TGDi) berkuasa 194hp dan tork 290Nm.
- Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam pacuan dua roda (2WD).
- Pecutan 0-100kmj mengambil masa 8.3 saat.
- Kelajuan maksimum 205kmj.
- Kadar penggunaan bahan api 7 liter per 100km.
LUARAN
- Sistem lampu LED penuh pada lampu utama, lampu belakang, lampu kabus, lampu siang (DRL), dan lampu signal belok (jenis sekuensial).
- Ada sensor hujan pada cermin depan.
- Pintu but elektrik.
- Dimensi panjang 4,513mm, lebar 1,862mm, dan tinggi 1,696mm, manakala jarak roda 2,670mm dan berat kasar 1,512kg.
DALAMAN
- Kerusi dan stereng menggunakan material kulit tiruan (leatherette) dengan kluster butang kawalan pada stereng.
- Sistem penghidup tanpa kunci dan enjin boleh dihidupkan secara kawalan jauh.
- Ada tiga mod pandu: ECO, Normal dan Sport.
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan, dan penumpang depan 4-tetapan. Kerusi barisan depan juga ada ciri ventilasi.
- Dilengkapi pengecas wayarles 50W.
- Ada lampu ambien boleh kustom pelbagai warna.
- Penyaman udara dwi-zon automatik (depan) dan ada corong penyaman udara untuk penumpang belakang.
- Sistem infotainmen dwi-skrin 24.6 inci jenis melengkung dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Sistem bunyi premium Sony Audio System dengan lapan pembesar suara.
- Ada dua port USB dan satu port pengecas pantas Type-C, serta dua soket 12V.
- Bumbung suria panoramik dan ciri Brek Parkir Elektrik (EPB).
KESELAMATAN
Ciri keselamatan Chery Tiggo 7 Pro 2024 terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu Bantuan Pemanduan, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) generasi terbaharu 2.5, dan pakej keselamatan standard seperti berikut:
- Kamera panoramik definisi tinggi (HD) 540º
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Sistem Bantuan Brek
- Progran Stabiliti Elektronik (ESP)
- Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC) dengan Kawalan Turun Bukit (HDC)
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
- Ada tujuh beg udara SRS.
- Brek Kecemasan Automatik (AEB)
- Brek Multi-Rempuhan (MCB)
- Pengesan Titik Buta (BSD)
- Amaran Buka Pintu (DOW)
- Bantuan Trafik Sesak (TJA)
- Kawalan Lampu Suluh Tinggi Pintar (IHBC)
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dan Belakang (RCW)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Integrasi Kawalan Jelajah (ICC)
- Amaran Keluar Lorong (LDW) dengan Cegah Keluar Lorong (LDP)
- Bantuan Tukar Lorong (LCA) dan Bantuan Kecemasan Kekal Lorong (ELKA)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Brek Trafik Lintas Belakang (RCTB)
Leave a Reply