• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemegang Saham Kekalkan Akio Toyoda Sebagai Pengerusi Toyota

Pemegang Saham Kekalkan Akio Toyoda Sebagai Pengerusi Toyota

June 19, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMEGANG saham Toyota Motor Corp semalam meluluskan usul untuk pemilihan semula Akio Toyoda sebagai Pengerusi firma berkenaan.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di ibu pejabat Toyota di Wilayah Aichi turut menyaksikan sembilan lagi ahli lembaga pengarah turut dilantik semula, termasuk Presiden Koji Sato dan Naib Pengerusi, Shigeru Hayakawa.

Keputusan pemegang saham itu nampaknya menolak cadangan daripada penasihat pelaburan yang mengesyorkan undian menentang pelantikan semula Toyoda berikutan siri skandal keselamatan yang menyelubungi pengeluar automotif Jepun itu.

Seramai 4,656 orang hadir pada mesyuarat tersebut yang menyaksikan peningkatan kehadiran 882 pemegang saham berbanding tahun lalu. Antara perkara dibangkitkan pemegang saham adalah mengenai isu skandal dan tadbir urus korporat Kumpulan itu.

Selepas dihujani banyak persoalan yang menyentuh aspek pentadbiran dan pengurusannya, Toyoda tampil mempertahankan pendekatan beliau dengan menyatakan:

  • Beliau akan memastikan pembuat keputusan diserahkan kepada generasi muda.
  • Beliau cuma bertindak sebagai seorang penasihat.

Toyoda yang juga cucu kepada pengasas Toyota berkata;

Saya akan mengetuai perubahan sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk keseluruhan Kumpulan."

Sebelum AGM, firma penasihat proksi Amerika Syarikat (AS), Institutional Shareholder Services mencadangkan supaya pemegang saham menentang cadangan syarikat melantik semula Toyoda dengan alasan eksekutif atasan itu bertanggungjawab terhadap isu pemalsuan data keselamatan terbaharu membabitkan Kumpulan tersebut.

Penasihat proksi, juga dari AS, Glass Lewis turut mencadangkan pemegang saham menolak lantikan semula Toyoda dan Hayakawa.

Pelantikan semula Toyoda dikaitkan dengan populariti beliau dalam kalangan pelabur, sokongan rakan bisnes dan prestasi syarikat itu merekodkan keuntungan pada tahun kewangan lalu.

Sato pada mesyuarat sama berjanji kumpulan pengeluar automotif terbesar dunia itu akan menambah baik pematuhan dan memohon maaf terhadap kes penipuan ujian kenderaan di Jepun.

SUMBER: KyodoNews

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akio Toyoda, Glass Lewis, Institutional Shareholder Services, Koji Sato, Shigeru Hayakawa, Toyota Motor Corporation (TMC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my