• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geng 'Apek' Curi Motosikal Sekitar Lembah Klang Tumpas

Geng 'Apek' Curi Motosikal Sekitar Lembah Klang Tumpas

June 14, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS menggagalkan sindiket aktif mencuri motosikal sejak enam bulan lalu dengan menahan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, semua suspek berumur lingkungan 27 hingga 38 tahun ditahan menerusi Ops Lejang Khas pada 13 dan 14 Mei lalu.

Hasil siasatan mendapati sindiket yang diketuai ‘Apek’ berumur 35 tahun mencuri motosikal bersama kawannya dengan motosikal jenama Yamahan sebagai sasaran utama.

”Malah akan meleraikan serta menjual komponen motosikal menerusi aplikasi Whatsapp dan rangka motosikal dibuang di kawasan semak."


Polis merampas pelbagai komponen motosikal bernilai RM50,000 dan alatan yang digunakan bagi modus operandi sindiket itu.

Suspek juga memiliki 18 rekod jenayah lampau melibatkan kes curi dan dadah, manakala hasil saringan air kencing pula negatif.

Semua suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan selepas tempoh reman berakhir 8 Jun lalu.

Penahanan itu menyelesaikan 16 kes kecurian sekitar Lembah Klang dan kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Curi Motosikal, Geng Apek, Geng Curi Motosikal, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my